Wednesday, February 03, 2010

Design Baju Nak ke???


Radar Masuk Recording Part 1

02/02/2010

Hari ni radar masuk recording studio,jadi nak berceritalah sedikit sebelum dan selepas recording hari pertama ini.Setelah Single yang pertama sudah siap sepenuhnya iaitu “hey Kawan”distudio yang sama juga iaitu “Erfan Studio”yang dimiliki oleh Kid Akar(abg Wan),studio ini juga,tempat Komeng(vocal)kerja sambilan antara band yang telah recording disini,Matahari,Malamband dan banyak lagi.

Sehari sebelum radar masuk recording,hampir seminggu radar berbincang untuk recording lagu mana dulu,jadi sebulat suara dan rasa,hehehe..radar pilih 1lagu untuk direcord kan dulu iaitu???????????..rahsia..tunggu je..heheheh..nanti tade kejutanlah,dah bagitahu tajuk dia awal-awal..nak tahu jugak ke???kuuuuuuuuuu..tunggu jela..bergurau pulak dia..hehehe.

Ok..kita sambung balik cerita,malam tu tepat pukul 9 malam,wan,ijat dan fairol dah berada di Erfan Studio,selepas tu shahrul pulak sampai,Komeng orang yang terakhir…biasalah orang bz dengan Zzzzzzzzzzzzzzzzzz..tidur.hahah..komeng sampai malam tu pukul 10 malam,jadi recording baru dimulakan.semangat menunggu kawan tu bagus,tapi tak elok buat selalu,nanti kerja tak jalan(Komeng cakap)..

hahahahahah..shahrul pun tukarlah tali gitar baru kat gitar fender made in maxico milik Komeng 2,gitar kesayangan dia,kalau korang tengok video klip Kumpulan Jinbara ada Fender warna merah yang dah rabak2 tu,itulah gitar dia...hahaha..dah habis pasang tali gitar n tuning,shahrul masuk guide gitar untuk lagu baru tu,lepas habis tu,masuk vocal guide,dan masuk part drum pulak,part drummlah yang selalu kena banyak bersabar dan teliti,Komeng dan wan,keluar lepak minum dulu,sambil mata-mata yang lain dah mula kuyu,wan dan Komeng layan teh dulu kedai mamak(kureng sikit dorang nie)..hehehehe..

2 jam lepas tu,shahrul mesej wan,Bagitahu drum dah siap,cargas ijat buat drum kali nie,hahahah..tak mahu kat dia je 5-6 jam...sampai tidur berganti-gantilah..hahah..komeng dan wan sampai studio,dengar-dengar balik,ok lah..urmmmmm..jam pun dah menunjuk kan pukul 2 pagi,jadi abg wan yang jaga sound pun dah tak larat dan esok pun kerja,kami berhenti dulu,sambung hari lain sabtu atau isnin nie balik..Jadi nak tahu kesudahannya,macam mana lagu dia,sama macam “hey Kawan ke”?? Tajuk Lagu 2 apa??..Kena tunggu part 2 cerita nie..

Jangan lupa juga promo Single Radar “hey Kawan” kat semua kawan-kawan korang..heheheh..insyaallah juga lepas lagu kedua nie siap radar akan upload full versi lagu-lagu radar kat myspace..Tungguuuuuuuuuu..Kepada yang nak recording??boleh hubungi komeng terus dimyspace...??sekian terima kasih..askum

Sunday, January 31, 2010

Telegram Dari Radar


Ramai orang hantar email,mesej kat myspace dan komen sewaktu dengan dengannya,tanya tade gig ke ape,Sesiapa yang peka dan mengikuti perkembangan radar sebenarnya radar dah perform 3 minggu berturut-turut 9 januari kat plaza alam sentral,16 januari plaza alam sentral dan 23 januari di Paul Place Jalan klang Lama.Jadi pada minggu nie bukan radar tak nak keluar gig perform ke apa,kami sibuk susun lagu baru untuk masuk recording,sibuk dengan summit benda-benda yang penting menyabitkan mempertahankan diri kami,lagu kami,dan rangka-rangka kerja..kami harap semua pihak dapat fahami kami..kami hanya anak kecil yang masih merangkak mencari landasan yang benar dan menjaga hak kami..Kepada yang nak jemput radar perform boleh je hubungi radar dimyspace ,insyaallah radar akan cuba tunaikan permintaan korang dengan sebaik mungkin untuk kedua belah pihak.."sekian Terima kasih Dari PR radar"Assalammualaikum

Selasa Ini

Radar berkemungkinan akan masuk studio untuk sambung recording Lagu baru..Apa Tajuknya masih rahsia..???Jadi korang semua tunggulah ok....
Single kami "Hey Kawan" Korang semua boleh minta di Hot Fm KITA PUNYA pada hari sabtu 9 malam sampai 11 malam dan selain itu di radio-radio yang lain juga..jadi suportlah lagu-lagu dan hasil karya anak malaysia..korang semua best...syukur..amin..assalammualaikum