Sunday, February 13, 2011

TELEGRAM DI PUTRAJAYA

12.2.2011 Sabtu malam kami berada di bangunan kementerian belia dan Sukan di Putrajaya
(LORONG SENI)untuk mengadakan satu persembahan sempena event"Go Green".So kami sampai
dalam pukul 9.45 malam.Mengikut jadual yang diberikan,kami main last sekali malam tu.
Sementara kami menunggu giliran kami perform pada malam tu,macam-macamlah yang kami
melayan antaranya komeng lawan main congkak dengan shahrol.Dalam kami khayal-khayal
main congkak,melayan band lain perform.Giliran kami pun tiba.So kami pun setup cepat-
cepat malam tu.Sementara kami setup-setup,terdengarlah orang menjerit Hey kawan..hey
kawan.Terima Kasih.Terima Kasih datang support kami malam tu

Lagu opening malam tu ialah hey kawan yang part corusnya dinyanyikan ramai-ramai
malam tu.Wow.pertama sekali kami rasa gembira sangat.Lagu hey kawan dorang hafal dan
begitu teruja kami lihat.Terima Kasih Semua.Lagu seterusnya lagu Ku Nanti.Yang kelakar
malam tu,komeng siap cakap salah tajuk lagu mula-mula tu.ahahaha.komeng cakap lagu mimpi.
Cepat-cepat dia cover dengan lawak cakap dia sebenarnya yang tengah mimpi sekarang
ni,jadi terimalah lagu yang aku dah sedar kini,Ku nanti.Selepas lagu Ku Nanti lagu
seterusnya barulah lagu berjuduh mimpi.Selepas habis lagu Mimpi,ijat(drummer)telah
perangkap wan(bassist)yang pada mulanya,dia cakap tak nak nyanyi.Ijat cakap dekat
mic terimalah lagu seterusnya All The Something.ahhahahaha.So wan terpaksa nyanyi
juga malam tu.ahaha.Terima Kasih wan.

Selepas habis lagu All The Something.Sekali lagi kami diminta untuk main
lagu Hey kawan untuk buat kali kedua malam tu.Tanpa pikir panjang,Shahrul terus masuk intro
lagu Hey kawan,khas untuk semua malam tu di lorong seni komeng cakap untuk.
Semua yang bahagian belakang penuh ke depan,habis orang-orang yang jaga
sound semua berjoget dekat depan stage tu.Kami rasa Seronok dan hargai sangat.Yang
buat kami rasa lagi dihargai malam tu,dorang siap nyanyi sama-sama.Terima kasih Semua
yang support kami malam tu.korang best.I love you..Terima Kasih banyak-banyak sekali
sekali lagi.Terima Kasih Kepada Semua di lorong Seni dan band-band yang telah menjayakan
event tersebut dengan jayanya.