Tuesday, July 13, 2010

Gambar

Cerita Di Kedai Kopi

A :Kau buat itu sama juga,sebab,orang tahu siapa dia dan siapa yang lagi bagus
Kami:Dengar(Sambil Senyum)
A :Last-Last siapa juara,bukan dia.Mestilah penyanyi asal tu
Kami:Senyum,betul juga bila kami pikir.
A :kau sebok nak nyanyi dan lirik macam indon.Habis diri kau nak jadi apa?
Kami:Diam.Banyak ilmu dapat malam tu(dalam hati kami)
A :kata melayulah,yang kau sebok nak jadi macam indon buat ape.KAPAN-KAPAN,BISA-BISA
Kami:Diam,betul juga tu,semenjak indon masuk sini,pastu kita bangun untuk lawan,
Tapi kita pulak nak jadi macam mereka,sedangkan mereka dah guna dah,
ape yang sedang kita sedang sebokkan.
A :Korang buat je,buat sampai bagus
Kami:Terima Kasih bang
A :Nanti ada benda yang korang akan tembusi juga.tak tahu,tanya je saya,saya
tak kisah dan boleh je berkongsi dengan awak semua
Kami:Terima Kasih bang.

Monday, July 12, 2010

Dataran Petaling Jaya+Perform

Pada 10 Julai 2010 bersamaan hari sabtu,Radar dijemput perform di Dataran Petaling Jaya sempena Selangor Muzik Entravaganza 2010.Jadi Kami diberitahu kami perlu berada disana pada pukul 7 petang,jadi pada petang tu kami sampai disana agak lewat kerana hujan turun begitu lebat dan Shahru(Gitar) dan Wan(Bassist) pulak kerja.Kecuali Komeng dengan Ijat free pada hari tersebut..Jadi kena tunggulah dorang balik kerja pukul 4 petang,yang membuat dorang sampai lambat.Sebab hujan petang tu.Dorang dari ofis kena balik rumah dulu,siap-siap baru jumpa distudio Radar di Gombak...

Pukul 7 baru kami bergerak ke PJ,harapan Hari tu tadelah jalan jam.sekali sangkut kejap dekat bangsar.Kami dah risau dah.Takot orang tunggu-tunggu kami,jadi komeng dengan kadar segera telefon organizer di Dataran Petaling Jaya iaitu encik Eddie,untuk bagitahu kami mungkin akan sampai lewat sedikit.Alhamdulillah Lepas je jalan Bangsar jalan dah ok sikit,cuma nak masuk ke dataran P.J tu je agak slow.Sebab hujan mula turun dengan lebat balik..

Alhamdulillah.Kami sampai di Dataran Petaling Jaya dalam pukul 8 malam,hujan agak lebat lagi time nie,kami parking di back stage,terus turun barang bawak ke stage,jadi dekat sana adalah 2,3 crew yang kami kenal,lega rasa.show pun belum stars lagi,sebab hujan.Syukur Jugak malam tu,hujan dah mula slow sikit-sikit.akhirnya time kami sound chek pukul 9 malam,hujan pun berenti.alhamdulillah lagi.

Pada Pukul 9.45 malam kami pun di jemput untuk perform.Opening malam tu dengan lagu single pertama Radar berjuduh"HEY KAWAN"..agak cuak-cuak jugak time perform tu,stage punya la besar giler,sound memang best.Syukur..Lagu kedua malam tu.Kami main lagu berjuduh "KU NANTI",yang merupakan single kedua Radar.Penutup malam tu kami main lagu baru,tajuk dia "MIMPI"crow dah naik giler dah,jerit-jerit.dengan basah-basah pandang lagi lepas hujan.hehehe..memang best..Puas..Terima Kasih semua yang datang malam tu,yang lain joget bersama,organizer dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.tq