Thursday, April 14, 2011

Radar Di Selamat Pagi Malaysia

MIini Album Pertama Radar





Cover album yang korang tengok dekat atas ini merupakan buah tangan pertama daripada kami.Mini album tersebut mempunyai 3 buah lagu antaranya Hey Kawan,Ku Nanti dan Mimpi.Mini album tersebut mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan kerana berbagai rintangan,dugaan dan sebagainya terpaksa dilalui.Alhamdulillah.Akhirnya kami dapat menyiapkan sepenuhnya,walaupun ia hanya senaskha mini album.Bagi Kami ia merupakan satu pengalaman yang baru kami laluinya.Syukur.Mini Album ini berharga RM 6.00 Sahaja(tidak termasuk kos penghantaran pos laju bagi kawasan luar kuala Lumpur).Bagi yang berada dikawasan kuala lumpur yang ingin dapatkannya,boleh hubungi kami terus melalui link yang kami sertakan dibahagian bawah,pihak kami akan cuba
untuk menghantar cd kepada anda mengikut masa,tempat yang telah ditetapkan.Selain itu cd kami juga boleh didapati melalui event-event yang kami sertai sekitar kuala lumpur atau luar kuala lumpur.

Lagu-lagu didalam mini album tersebut menceritakan bebagai kisah yang benar-benar kami lalui.kami berharap dan mendoakan mini album ini dapat diterima dengan baik oleh semua.Amin.Terima Kasih kepada semua yang selama ini banyak membantu kami,tunjuk ajar kami dan sebagainya dari berbagai segi.Terima kasih.I Love You.


SEDIKIT UCAPAN DARI KAMI UNTUK MINI ALBUM INI

SHAHRUL:Jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa,adik beradik,kawan-kawan(HEY KAWAN)
dan kawan-kawan band lain yang banyak menyokong perjalanan seni saya sehingga
ke hari ini.

WAN :Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana masih berada disini utk
meneruskan perjuangan seni ini.Terima kasih juga kepada ibu bapa,keluarga
dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan..may god bless you amin

IJAT :Saya disini ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada ibu bapa dan
rakan-rakan terutamanya bekas band arwah bapa saya sang kancil.terima kasih
juga kepada julia,nurwanie hidayu,shima,fiqa,farahin dan banyak lagi yang
telah menyokong saya selama ini..i love you all muaahhh.

KOMENG :Syukur,Alhamdulillah kepada yang maha esa diatas kekuataan dan keringat yang
diberikan kepada hambamu ini untuk terus berkarya.Terima Kasih kepada
Kepada kedua ibubapa,keluarga,kawan-kawan yang telah banyak memberi sokongan
kepada saya selama ini.Tak Lupa juga kepada abang saya cepot(jinbara),
wan(akar) dan Abang Aidit Alfian yang banyak memberi ilmu dan inspirasi
untuk saya terus berkarya.Terima kasih.




NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG RADAR?
BOLEH TERUS KUNJUNGI KE LINK YANG DISERTAKAN DIBAWAH INI.


www.facebook.com/radarmuzik
www.myspace.com/saturadar
Http://radarmuzik.blogspot.com