Monday, February 21, 2011

RADAR DI STUDIO(RADAR STUDIO RECORD)

Pada 19.2.2011 sabtu kami distudio radar digombak.Misi pertama hari ni ialah kemas studio.1.30 tengahari
shahrul(gitar)dah sampai distudio.Komeng dan wan agak kelewatan sedikit kerana ada kerja sikit dengan
keluarga masing-masing.Pukul 2 lebih komeng sampai bawak langsir diikuti wan selang beberapa belas minit
kemudian.Komeng sampai 80 peratus dah siap kemas hari tu yang dibuat oleh shahrul dan ijat(drummer).Terima
Kasih ye.Yang peliknya petang tu macam mana shahrul yang kecik ni boleh angkat meja yang sebesar alam tu,
dia alihkan ke bahagian hadapan.sorang-sorang pulak tu.Ijat pun tertanya-tanya juga.Kuat betul budak kecik umur
tua ni.ahahahaha.Apa-apa pun terima kasih rol.Cantik kau susun M gitar komeng dengan M bass wan dan
rak untuk sangkut gitar-gitar tu.komeng Sampai petang tu terus pasang langsir dan wan pulak sampai petang tu
terus vacum kapet-kapet semua.



Selesai je kemas petang tu,lebih kurang pukul 3.40 petang.Kami pun relaks sekejap sambil
sesi memaksa ijat pergi beli minum petang.Akhirnya dia pergi beli juga.Terima Kasih jat.
Sambil minum-minum petang hari tu,kami pun bincang-bincang untuk nak update studio ni sikit-sikit
antaranya cat,2 bijik spaker besar lagi untuk vocal,rak dinding untuk barang-barang,whitebord jadual,
tambah span telur lagi,wayaring dan kalau ada rezeki lebih kami nak cari sebijik pc yang boleh buat recording
sendiri.Itu impian kami.Doa-doakan.Amin.

4.20 petang kami practis untuk susunan lagu baru AKU BUKAN BONEKA dan Sebuah lagi lagu baru yang masih kami
rahsiakan.Tunggggguuuuuu..So sesi practis hari tu habis pada pukul 6.30 petang.




P.S - 25.2.2011 Jumaat malam kami akan perform di UPSI TANJUNG MALIM.Kepada yang
berhampiran jangan lupa jumpa kami sana.Sekian Terima

VIDEO KLIP

16.02.2011 Rabu Radar telah dipanggil shot video klip untuk muzik aktif siaran 180 di astro
oleh Rtm.Alhamdulillah.syukur sangat rasanya kerana ini merupakan satu landasan dan peluang
yang diberikan kepada kami pada tahun 2011 ini.Syukur Sekali lagi.So dibawah ini merupakan
coret-coret dari mula hingga berakhirnya video klip dijalankan..



6.45 Pagi :Kami bergerak ke hartamas tempat yang telah diberitahu oleh PR(Dilla) untuk
makan pagi,make up dan chek baju-baju kami disana.
7.30 Pagi :kami sampai direstoran pelita hartamas pagi tu.Tiba-tiba dapat call tempat
perjumpaan pagi tu bertukar ke restoran shafiz corner yang tak jauh dari pelita.
so kami pun bergerak ke sana..
7.35 Pagi :Kami sampai di shafiz corner dan diminta sarapan pagi tu dengan segera kerana
takot terlewat ke lokasi shot video klip dikajang.
8.00 Pagi :Selesai Saja sarapan kami pagi tu.Kami diminta untuk chek baju.so ada beberapa baju
tak boleh digunakan.Ijat(Drummer)punya pakaian paling baju direject bagi tu.
Komeng(vocal)punya seluar pun banyak tak boleh dipakai.
8.20 Pagi :Kami semua diminta naik ke pejabat untuk makeup dan tukar pakaian.


8.40 Pagi :kami dan crew semua bertolak ke kajang tempat video klip pertama akan dijalan.
kami ke kajang diberi pilihan untuk pergi naik kereta sendiri atau van yang
telah disediakan.So kerana barang-barang yang banyak bergerak naik kereta sendiri

11.00pagi :kami sampai di kajang perdana dan shot video klip pertama hari tu ialah lagu
HEY KAWAN.Alhamdulillah.Walaupun agak sedikit kurang selesa hari kerana
perlu berlakon depan camera.Apa-apa pun ini satu lagi pengalaman baru yang kami
pelajari dan lalui


12.45tghari:Video klip lagu HEY KAWAN tamat dan selamat direcordkan.kami pun diminta
bergerak ke satu kawasan yang tidak berapa jauh dari situ untuk video klip lagu
seterusnya iaitu KU NANTI.

12.50Tghari:Tukar baju dan dimakeupkan untuk Shot video klip lagu
KU NANTI. Cuaca hari tu agak begitu
panas.Apa-apa pun Alhamdulillah video klip ini berjalan dengan baik

1.45tghari :Makan Tengahari.Kami semua bergerak ke tempat yang
diberitahukan iaitu Sate kajang.


2.30Petang :Selesa makan petang tu.kami semua diminta ke lokasi seterusnya
untuk lagu MIMPI dan juga sambung video klip lagu KU NANTI.

3.00Petang :Shot Video klip lagu ke 3 petang tu dijalan.
Pada mulanya cuaca agak baik petang tu.Tiba-
tiba hujan pun turun.walapun tidak berapa lebat.Tapi serba-Sedikit
mengganggu shot video klip hari tu.

4.30Petang :kami beralih ke lokasi yang tidak jauh dari kawasan tu,
untuk shot video lagu MIMPI lagi..


5.30petang :Sekali lagi kami beralih lokasi untuk sambungan shot video klip lagu KU NANTI..


6.20Petang :Alhamdulillah.Selesai shot hari tu dengan baik dan jayanya.

6.45petang :Dalam keadaan yang sudah lunyai dan mantoi kami pun
bergerak pulang ke Studio kami digombak.


7.15petang :Selamat sampai distudio,turun barang-barang semua.
Kami pulang ke rumah masing-masing.




P.S-Terima Kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan video
klip ini dari awal hinggalah berakhir shot video klip ini.Terutamanya Abang Bob
Ringgo,Dilla(PR),Director,crew-crew,makeup artis dan jibong(Lelaki
yang menyelang cinta komeng).Jutaan Terima Kasih juga kepada RTM kerana memberi
RADAR ruang,peluang dan satu pengalaman yang baru kepada RADAR.Terima
kasih.Jangan lupakan Saksikan video klip RADAR di Muzik Aktif
channel 180 di astro.Sekian Terima kasih.I Love You..