Tuesday, May 03, 2011

Tesco Kuala Selangor(Suriarock Show Dan karnival Usahawan Malaysia)

Pukul 8.00 malam kami sudah mula gelisah mencari tempat kerana tidak sampai lagi,selain
menghadapi jamm di sungai buloh kerana ada pasar malam.Wan(bassist) pun pantas meluncur laju
untuk sampai di tesco kuala selangor dengan secepat mungkin.Komeng(Vocal) pun call ijat
(drummer) tanya dia dekat mana dah,dia dah sampai Tesco Kuala Selangor,Macam pelesit mamat
ni bawak kereta.ahaha.Kegelisahan malam tu dapat dilegakan sedikit kerana ijat(drummer)
dah sampai.


Tepat jam 8.30 malam.Tesco kuala selangor yang kami cari-cari akhirnya jumpa juga.
Alhamdulillah.Segala segugut pun hilang.ahaha.kami pun terus mencari parking dan terus
ke stage untuk berjumpa abang bobringgo suria fm untuk mengesahkan kami selamat
telah sampai.Alhamdulillah juga,kami sampai abang-abang crew tu masih tengah setting-setting
lagi,So kami pun bergerak ke Food court ditesco tu yang tak berapa jauh pun dari kawasan
karnival usahawan ni berlangsung.

Hampir setengah jam kami dekat food court tersebut akhir acara pada malam tu pun bermula.
opening malam tu band tonawarna selepas habis tonawarna malam tu,subculture pun muncul
dengan single terbaru mereka iaitu dilema dan 2 lagu lagi.Selepas habis subculture main
malam tu,akhirnya tiba giliran kami,mengikut perancangan kami malam tu nak main 4 lagu.
sebuah lagu baru iaitu Aku bUkan Boneka,tapi untuk menjimatkan masa,kami main 3 lagu sahaja.
opening lagu malam tu,Ku nanti.Lagu ku Nanti dekat nak habis,tali gitar komeng putus,walapun
baru 2 lepas ditukar,dalam keadaan yang macam nampak macho,manci roketts datang memberikan
gitar dia.Siap Pasangkan semua untuk komeng.Terima Kasih Manci.Habis sahaja ku nanti,kami
main lagu yang merupakan single pertama kami Hey kawan.lagu penutup kami malam tu ialah mimpi
yang semuanya akan giler berlari-lari kat stage tu..ahahahah..melayan..ahaha


Selepas kami perform malam tu,ada beberapa band lagi yang perform dan untuk mengingatkan balik
satu-satu keadaan,memang gila..ahaha.tapi antara band yang perform,The Roketts,classmates,
Projek Nadia,Studborn,Radar dan Mc pula Pada malam tu ialah abang bobringgo dan juriel Duta.
Perform malam tu habis lebih kurang 12.30 malam.Suasana Sungguh best.Orang-orang kuala Selangor
memang terbaik