Wednesday, September 29, 2010

03-10-2010 Ahad

Radar Akan Berada Di karnival Lorong Seni Di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Presit 4 Putrajaya.Kami Akan Perform Akustik Disana.Jangan Lupa Jumpa Disana Ahad Ni.

Friday, August 20, 2010

Ramadan Dan Hari-Hari yang penuh dengan aktiviti

Pertama Sekali kami menarik nafas panjang Tuhan berikan kami nafas untuk berpuasa pada tahun ni lagi,Sepanjang 2009-2010 berbagai rintangan yang kami tempuh dan juga ujian yang kami hadapi dengan senyuman.

Kini Pejam celik-Pejam celik Tahun 2010 akan berakhir pula.oklah Sepanjang bulan puasa ni juga Radar sibuk dengan lagu baru,recording dan komeng meniaga di Bazar Ramadan Greenwood(ROTI JOHN JINBARA).Jadi kalau ada yang terserempah dibazar tersebut bolehlah singganh beli dan rasa.

Baru-baru ni juga shahrul(Gitaris) radar doktor suspek dia kena denggi,kesian dia.Kami Harap dia cepat sembuh,jadi bolehlah sambung track-track gitar yang masih belum siap.Semoga Engkau Cepat sembuh wei rul..Amin.

Last.Jangan lupa nantikan lagu-lagu terbaru Radar selepas raya ini dengan lebih fast dan lebih menyetuh perasaan.haha.Sekian Terima Kasih.

Sunday, July 18, 2010

RECORDING TIME

SEMEMTARA TUNGGU PART MASING-MASING NILAH KERJA DORANG NI

KOMENG:PART MANA KAU NAK TAMBAH TRCK GITAR NIE LAGI RUL
SHAHRUL:BELAKANG LAGI,HA,PART TU.
KOMENG:OK
KOMENG:SINI TEMPAT AKU AKAN MASUK VOCAL,MIC TAK PASANG LAGI

MALAM TU SEMUA MAKAN MAGGIE CUP JE,LAPAR.MAHU TAK LAPAR
5-7 JAM BETAPA DALAM STUDIO TU

TENTERA BELUM STARS KERJA LAGI NIE

TIME BUAT TRACK GITAR

Happy Befday- Aizat(Drummer Radar).

INILAH ORANG-ORANG YANG TELAH MERANCANG SAMBUTAN BEFDAY NI-HAPPY BEFDAY JAT


INILAH RUPANYA BILA SI KOMENG SIMBAH TEPUNG.SORI JAT.

Tuesday, July 13, 2010

Gambar

Cerita Di Kedai Kopi

A :Kau buat itu sama juga,sebab,orang tahu siapa dia dan siapa yang lagi bagus
Kami:Dengar(Sambil Senyum)
A :Last-Last siapa juara,bukan dia.Mestilah penyanyi asal tu
Kami:Senyum,betul juga bila kami pikir.
A :kau sebok nak nyanyi dan lirik macam indon.Habis diri kau nak jadi apa?
Kami:Diam.Banyak ilmu dapat malam tu(dalam hati kami)
A :kata melayulah,yang kau sebok nak jadi macam indon buat ape.KAPAN-KAPAN,BISA-BISA
Kami:Diam,betul juga tu,semenjak indon masuk sini,pastu kita bangun untuk lawan,
Tapi kita pulak nak jadi macam mereka,sedangkan mereka dah guna dah,
ape yang sedang kita sedang sebokkan.
A :Korang buat je,buat sampai bagus
Kami:Terima Kasih bang
A :Nanti ada benda yang korang akan tembusi juga.tak tahu,tanya je saya,saya
tak kisah dan boleh je berkongsi dengan awak semua
Kami:Terima Kasih bang.

Monday, July 12, 2010

Dataran Petaling Jaya+Perform

Pada 10 Julai 2010 bersamaan hari sabtu,Radar dijemput perform di Dataran Petaling Jaya sempena Selangor Muzik Entravaganza 2010.Jadi Kami diberitahu kami perlu berada disana pada pukul 7 petang,jadi pada petang tu kami sampai disana agak lewat kerana hujan turun begitu lebat dan Shahru(Gitar) dan Wan(Bassist) pulak kerja.Kecuali Komeng dengan Ijat free pada hari tersebut..Jadi kena tunggulah dorang balik kerja pukul 4 petang,yang membuat dorang sampai lambat.Sebab hujan petang tu.Dorang dari ofis kena balik rumah dulu,siap-siap baru jumpa distudio Radar di Gombak...

Pukul 7 baru kami bergerak ke PJ,harapan Hari tu tadelah jalan jam.sekali sangkut kejap dekat bangsar.Kami dah risau dah.Takot orang tunggu-tunggu kami,jadi komeng dengan kadar segera telefon organizer di Dataran Petaling Jaya iaitu encik Eddie,untuk bagitahu kami mungkin akan sampai lewat sedikit.Alhamdulillah Lepas je jalan Bangsar jalan dah ok sikit,cuma nak masuk ke dataran P.J tu je agak slow.Sebab hujan mula turun dengan lebat balik..

Alhamdulillah.Kami sampai di Dataran Petaling Jaya dalam pukul 8 malam,hujan agak lebat lagi time nie,kami parking di back stage,terus turun barang bawak ke stage,jadi dekat sana adalah 2,3 crew yang kami kenal,lega rasa.show pun belum stars lagi,sebab hujan.Syukur Jugak malam tu,hujan dah mula slow sikit-sikit.akhirnya time kami sound chek pukul 9 malam,hujan pun berenti.alhamdulillah lagi.

Pada Pukul 9.45 malam kami pun di jemput untuk perform.Opening malam tu dengan lagu single pertama Radar berjuduh"HEY KAWAN"..agak cuak-cuak jugak time perform tu,stage punya la besar giler,sound memang best.Syukur..Lagu kedua malam tu.Kami main lagu berjuduh "KU NANTI",yang merupakan single kedua Radar.Penutup malam tu kami main lagu baru,tajuk dia "MIMPI"crow dah naik giler dah,jerit-jerit.dengan basah-basah pandang lagi lepas hujan.hehehe..memang best..Puas..Terima Kasih semua yang datang malam tu,yang lain joget bersama,organizer dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.tq

Sunday, July 04, 2010

Cerita 26-06-2010

Pertama sekali kami memohon maaf sebab lambat post cerita ni.Sorilah ye.kami betul-betul bz dengan kerja masing-masing.Berbalik pada cerita,pada 26-06-2010(sabtu)kami ada perform di D'STUDIO CAFE DI DESA PETALING Setelah sebulan kami berehat kerana bapa kepada drummer Radar(aizat),telah Meninggal dunia pada 22-05-2010,pada terikh tersebut juga,kami ada perform di Setiawangsa,jadi kami terpaksa batalkan.Kini hampir sebulan lebih bapa kepada drummer Radar,meninnggal dunia,jadi sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalanganan orang-Orang yang beriman.Amin..

Pada 26-6 kami bergerak pada pukul 1.30 petang ke Desa Petaling,sebab mengikut MAB yang disediakan,Wan(BASSIST)cakap dia tahu dekat mana,jadi comformlah tu.Kami pun bergerak hari tu 5 orang,sorang lagi adalah kawan kepada Radar.Sampai di Desa Petaling dalam pukul 2 petang,kami sampai-sampai tengok adalah budak-budak band lain dekat situ,ramailah juga.sementara menunggu untuk undian kami pun lepak minum-minum dan sembang yang diselang-selikan dengan lawak jenaka si e-jat(DRUMMER).Hari tu kena main 3 lagu je.Pastu pulak kami main no 3.Alhamdulillah,dapat main awal.Lagi pun komeng(VOCAL) kena gerak awal ke RTM(RENTAK JUARA)ada kerja dengan JINBARA.Dengan jumlah lagu yang telah ditetapkan.alhamdulillah,tak perlulah kami menunggu lama.Hari tu kami opening dengan intro+Hey Kawan,mula-mula nak mula tu,crow memang tade,memang agak risaulah.Tapi Alhamdulillah.Kami main je intro tu dan komeng(Vocal)cakap serba-sedikit terima kasih kepada D'STUDIO CAFE panggil RADAR main hari tu.awal-awal lagi pun kami ada masalah sedikit dengan effect,bukan effect Shahrul(gitar) je,effect-effect komeng(vocal/gitar) sekali tak menyala.Mungkin power tak support kot.Tanpa Kami buang masa,kami terus main hey kawan selepas intro tu.Dalam Tak sedar dan feel yang melayang,Sedar-sedar crow dan penuh dekat depan.Korang Memang bestlah..Pas lagu HEY KAWAN,Kami main lagu slow sedikit.KU NANTI,crow mula melayang dan menari.Selepas HEY KAWAN dan KU NANTI berlalu,Kami main last song sebuah lagu baru berjuduh 'MIMPI'.lagu tu seolah-olah semua player macam ke saka,seronok giler main.Apa-apa pun gig di D'STUDIO CAFE memang best..crow yang best.Kami layan.Kami setle je,kemas-kemas barang,salam bro sam(Mungkin BOss D'STUDIO CAFE kot)hehehe,dia cakap minggu depan datanglah main lagi.Kami rasa lega.Terima Kasih bro.Kalau ada Kelapangan dan tak bertembung dengan jadual harian semua.Kami datang lagi..Terima Kasih Kepada Semua.Sekian Terima Kasih..I Love You...

Sunday, June 20, 2010

Mungkin cerita lu orang sama dengan cerita lu-Cerita dari Kedidi

Lu dah pujuk dia
Lu Tak salah pun lu minta maaf dengan dia,kira lu takutlah kalau ada lu buat salah
Lu cakap dengan dia,lu nak hidup dan mati dengan dia.
Lu Bukan nak jadi hero dalam keluarga dia,tapi cukup bagi lu,tenangkan semua yang tegang.
Lu selalu dengan dia cerita pasal keadaan dia dengan kekasih lama dia.
Lu selalu anggap kekasih dia perangai macam binatang.Sebab hidup macam kena penjara
Silap sikit kekasih dia terajang dia,hentak,tampa muka dia,tumbuk muka dia.
Lu makin lama lu jadi geram.
Lu jadi panas,tapi lu diam
Lu selalu rasa dia no satu bagi lu
Akhir-Akhir senang je dia bagitahu lu
Kita ..BREAK..
kita..PUTUS...

Wednesday, June 16, 2010

Wednesday, June 02, 2010

Studio Recording Rate



RECORDING - RECORDING PER HOUR - RM 25.00


DRUM - PROGRAM PER SONG - RM 150.00



MIXING - PER SONG - RM 150.00



MASTERING - PER SONG - RM 50.00
DIGITAL

RECORDING
PAKEJ (MIXING N
DRUM PROGRAME)- PER SONG - RM 500.00

PERHATIAN<
(SEBARANG RUNDINGAN BERKENAAN PAKEJ RECORDING INI DIALU-ALUKAN)

(SENARAI YANG PERNAH RECORDING DISINI)
-NSG
-KABUS PAGI
-CIKGU N MYBAND
-MATAHARI
-MALAM BAND
-RADAR
-SPATWO BAND
-S.AZLI(HJ BAHKIL MODEN)
-JOE BUGIS
DAN BANYAK LAGI.


SEBARANG PERTANYAAN
DAN TEMPAHAN BOLEH
MENGHUBUNGI RIZAL:019-3747266
SEKIAN TERIMA KASIH

Sinopsis

Ramai Boleh Cakap Sayang
Ramai Boleh Cakap Kasih
Tapi Jujurkah lahir Dari
Yang Dalam

Ramai Boleh cakap Teman
Ramai Boleh Kita Kawan
Tapi Benarkah Apa Yang
Dilafazkan


C/O

Carilah Teman
Yang Teman Dalam Susah Senang
Carilah Teman
Yang Teman Sampai Terhenti Nafas




Lagu:Komeng & Radar
(Rona Warna Enterprises)
Lirik :Komeng
(Rona Warna Enterprises)

Ku Nanti

Ku Harapkan Engkau Datang
Bila Hati memerlukan
Bagaimana Harusku Lakukan

Penantian Menyesakan
Bukan Sekadar Ungkapan
Adakah Aku Mampu Bertahan

C/O

Ku Nanti..
Kau Pergi..
Bagaimana Aku Tempuhi
Harap Untuk Berkekalan
Namun Kini Hanya Tinggal Igauan (2X)

Datanglah Kau Teman..
Tempuhi Hidup Ini Bersama(2X)



Lagu:Wan & Radar
(Rona Warna Enterprises)
Lirik: Wan
(Rona Warna Enterprises)

Mimpi

Turun Naik Darahku
Nafasku Semakin Laju
Merah Padam Rupaku
Bila Kau Sapa Aku

C/O

Jika Benar Nak Berkawan
Mari Berjabat Tangan
ku Tak Pernah Menghalang
Untuk Kau milikku



Tapi Kini Semua Sudah Berlalu
Kau Hanya Dalam Memori Fikiranku
Kini Aku Bersendiri
Hanya Menunggu Nadiku Terhenti.



Lagu:Komeng & Radar
(Rona Warna Enterprises)
Lirik :Komeng
(Rona Warna Enterprises)

Tuesday, June 01, 2010

Youth 10 Festival


Pada 28,29 dan 30 haribulan telah berlangsung satu festival iaitu youth 10 di PWTC.Seminggu Sebelum Berlangsungnyanya Festival berkenaan,radar Telah diberitahu Oleh Sebuah Website(WWW.SATELLIZER.COM) untuk Interview Dan Fotografi untuk review di website tersebut.Jadi Pada 29(sabtu),Komeng(Vocal) dan E-jat(Drummer) telah bergerak kesana pada pukul 5 petang,Shahrul(Gitar) dan Wan(Bassist) tidak dapat ikut bersama kerana dorang dua orang berada di Kuantan berkenaan kerja.Jadi Sesi Interview hari tu yang penuh dengan persoalan dan jawapan yang paling jujur.Hahahah..

Festival hari tu memang meriah kami tengok,dengan perbagai acara dijalankan,Sesi interview petang tu juga berjalan lancar,walaupun Radar tidak cukup anggota.Apa-Apa pun kami menggucapkan jutaan terima kasih kepada Zam Dan Salleh yang sudi menjemput radar untuk interview pada hari tersebut..Terima Kasih Satellizer.


Kalau Nak Ke Website Satellizer sila taip:

WWW.SATELLIZER.COM

kalau Nak ke Myspace Radar sila taip:

email:Radarband89@yahoo.com
Url :www.myspace.com/saturadar

Kalau Nak Ke Facebook Radar sila Search:

'RADAR FAN'

Sekian Terima Kasih
Korang Hero Dan Heroin Kami.

Tuesday, April 27, 2010

Dari Kami"RADAR"

Terutamanya Radar Nak ucapkan Jutaan Terima Kasih Kat sini Kepada Semua di myspace,faceboo,blogger dan sebagainya yang kongsi perbagai idea,cerita dan lebih2 lagi yang terus support dengar lagu radar.Kini radar sedang sibuk dengan practis lagu-lagu baru yang lebih fast,selain tu sibuk siapkan cd promo,syarikat dan sebagainya.Kami mungkin anda tengok agak slow di gig-gig sekitar Kuala Lumpur,bukan tak dapat job,tapi kami ni terlalu prihatin dalam segi penerimaan persembahan ni,bukan kami nak cakap,kami belagak,demamd,sombong dan sewaktu dengannya.Kami mempunyai misi yang tersendiri,apa yang kami cuba usahakan sekarang ni mendapat tunjuk ajar dan nasihat dari orang-orang kuat dan lama dalam industri ni.Terutamanya Abang Aidit Alfian,Abg Cepot Jinbara,Abg Wan&Kid X gitaris Akar dulu.Jadi Kami rasa biar bergerak secara satu persatu peringkat dahulu.JANGAN KEJAR-KEJAR SANGAT,itulah pesanan yang selalu kami dengar.hehe.

Selain itu,Komeng Sedang sibuk siapkan 2,3 single untuk artis baru,Apa info yang radar baru dapat,lagu-lagu dah ada dah tinggal nak masuk recording saja.Radar sebenarnya buat juga single kepada artis-artis baru n lama,tak kira la band atau solo,Kepada yang berminat,boleh je hubung kami ok.

Akhir dari kami,Semoga Korang semua terhibur dan enjoy apa yang sedang radar juangkan dalam industri ni dengan hasil karya dan bakat yang telah dianugerahkan oleh maha esa.Terima Kasih banyak-banyak Kepada semua yang mendoakan perjalanan kami.I love so much..Kita Tetap"HEY KAWAN".SEKIAN.

Wednesday, April 07, 2010

Friday, March 26, 2010

Radar Dalam Proses Siapkan Cd Promosi Pertama

Radar Dalam proses Menyiapkan Cd Promosi yang pertama,jadi kami agar bz menyiapkan kerja-kerja yang membabitkan recording,mixing,cover Cd,syarikat dan lain-lain.Selain itu juga,kami sebok menyiapkan susunan lagu baru selepas single "HEY KAWAN" dan "KU NANTI",Jadi korang kena tunggulah muzik lagu baru tu yang mungkin lebih agresif atau mungkin lebih slow,jadi korang kena tunggu..huhu..Kepada orang-orang kuat Event,Kalau ada sebarang undangan nak menjemput radar boleh hubungi terus ditalian 019-3747266(Rizal).Sekian Terima kasih..I love U so muchhhhh....Tq terus support radar

Monday, March 08, 2010

Perform Di UM

7-03-2010 Ahad
Radar Ada perform di UM(Universiti Malaya)iaitu yang diberi nama Syncro 9,Pagi-pagi lagi shahrul dan ijat dah call komeng,pagi tu ada praktis,sebab hari sabtu tu tak sempat praktis sebab shahrul ada kenduri dan yang lain-lain kerja,jadi pagi tu lebih kurang jam 11 pagi kitaorang dah mula praktis kat Studio Radar yang terletak di gombak iaitu rumah Pak cik Ghani atau ayah kepada drummer Radar iaitu Aizat.Terima Kasih Cik Ghani yang senantiasa support Radar.

Pagi tu layan-punya layan tahu-tahu jam dah pukul 12.30 tengahari,kami pun dah mula siap-siapkan barang nak menghandsomekan diri yang tak berapa nak handsome(Syukur)hehehe.tepat pukul 1 kami bergerak ke UM,sampai di UM kami mencari tempat yang kami nak perform,apa yang di beri tahu,Di kolej kediaman TUN SYED ZAHIRUDIN,cari punya cari,last ambek ko,sesat dalam UM tu..heheheh..padan muka.Last sekali dengan muka yang slumber shahrul tanya pakcik skuriti kat situ,dengan dah terangkan baik punya kat shahrul,dah jumpa dah jalan tu,pagar pulak tutup.padan muka kali kedua.hahahaha.Shahrul dah menggigil2 dalam kereta sebab lapar.haha.yang lain-lain pun tak larat juga tahan lapar,sabar jela.redah saja.akhirnya kami sampai juga kat tempat yang nak perform tu,kitaorang daftar-daftar nama,kitaorang main no 3 yang terakhir,jadi lambat lagi,dengan perut yang dah mula meracau kelaparan,kitaorang lepak makan dulu,kat belah pintu masuk tu adalah pelajar-pejalar UM jual Bihun sup.Walaupun Target komeng hari tu nak cari nasi kalau sampai nanti,tapi tak jumpa,jadi nak tak nak,dah lapar,bihun sup pun sebat jela.haha.Walaupun tak berapa nak kenyang hari tu(syukur yang pentingkan)..hehehe..terima kasih kepada akak-akak yang jual Bihun sup tu sebab bukak awal,habis makan,kami pun angkat barang-barang kat kereta,terus ke dewan yang kami akan perform.Disebabkan kami perform no 3 terakhir,jadi sempatlah relaks-relaks dulu,tune gitar dulu,membersihkan mata dengan wanita-wanita yang cantik kat UM tu..hehehe..GATAL sungguh..apa-apa pun ada sorang awek kat situ komeng minat,bukan komeng je,last wan dengan shahrul pun terus minat..hehehe..ijat tak boleh,mahu komeng report dengan awek dia..hehehe..Cukuplah kat sini cakap dia pakai baju PINK..heheheh..memang cun kalau boleh cairkan komeng..heheheheh..dah..dah..jauh dah nie..


Kami tunggu punya tunggu,akhirnya nama kitaorang dipanggil untuk perform,awalnya kitaorang nak perform 4 lagu.Tapi ada pihak-pihak nak dijimatkan masa,kitaorang perform 3 lagu je.Sori UM.Kami tak boleh buat apa-apa pun,itu yang telah ditetapkan,sori again.heheh.Suasana petang tu memang best,Relaks je.Kitaorang main Lagu "KU NANTI"dulu,yang kesiannya Effect gitar shahrul petang tu buat perangai,jadi dia pakai dari gitar terus ke AMP,lagu kedua kitaorang perform"Lagu blink 182 al"tajuk lupa..hehehe.Lagu blink 182 petang tu Wan pemain bassist radar nyanyi,orang-orang yang kat dalam dewan tu nyanyi sama-sama.Terima Kasih semua yang nyanyi sama-sama petang tu.Lagu ketiga radar lagu yang menjadi Single pertama dari radar"Hey Kawan",memang best petang tu,orang-orang dalam dewan tu support habis,tq semua,siap ada satu time tu part Hey kawan,dorang tepuk macam dalam lagu-lagu yang betul tu,mcacamne??korang kena dengar lagu tu kat myspace ok.Memang puas petang tu,walaupun orang yang paling geram petang tu shahrul,sebab effect gitar dia buat perangai.sabar jela ye yob..hehehe.

Habis perform tu kitaorang terus lepak tepi stage,mak ai,basah lencon baju petang tu dengan peluh,panasnya bila sport light tu pacar kat kitaorang petang tu.Best memang best.Tapi kuyob.Pastu Ijat dan komeng duduk depan stage support band lain pulak perform,tengah-tengah komeng relaks,ada sorang perempuan bertudung datang nak ambek gambar..heheh..teperanjat mula-mula tu,tapi buat-buat cool..hahaha.Apa-apa pun tq sangat sudi nak ambek gambar dengar RADAR..Tq sangat.Habis je ambek-ambek gambar tu,kami terus kemas-kemas barang,terus balik,patutnya habis perform tu,kitaorang kena gerak studio Nar recording JINBARA ada ajak datang tengok jinbara recording,tapi akibat keletihan dan kelaparan sekali lagi melanda,kami terus gerak balik,kami minta maaf kepada abang-abang jinbara.Balik tu kami terus ke Restoran Pelita di KLCC,kami makan-makan.terus balik rumah.Itulah cerita serba sedikit perform di UM.Apa-apa pun Jutaan terima kasih kepada semua yang datang support Radar petang tu,kepada pihakpihak yang terlibat menjayakan acara hari tu.Kami ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana menjemput RADAR.Kepada pelajar-pelajar UM.Terima Kasih banyak-banyak nyanyi dan support RADAR dan Band yang lain-lain petang tu.JANGAN LUPA JEMPUT RADAR LAGI.Sekian terima kasih.love u semua..

Recording Bahagian 2

Kami Minta maaf kerana post cerita ni lambat,minggu lepas kami baru siapkan lagu yang akan menjadi Second Single kepada radar Setelah "Hey Kawan" menjadi Single pertama kepada radar.Hari recording tu memang best,diselang-seli dengan lawak jenaka pelawak-pelawak dengan lawak haram dorang,recording hari tu memang syok,kerja jalan hati senang.Lagu kedua kami nie tajuknya "KU NANTI"nak dengar,boleh bukak myspace radar,emailnya Radarband89@yahoo.com..layannnnn dan komen la ok..hehehe..
Lagu ni mungkin ramai orang dengar,orang akan fokus jalan cerita lagu tu,dengan cinta..cinta..cinta..Silap dan silap sebenarnya.Lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki yang masih tak dapat surat kerja tetap ditempat kerjanya,terlalu lama dia menunggu untuk dapat kerja tentang kerja disitu,akhirnya dia senantiasa menjadi penanti yang penuh seksa,jadi dia harapkan teman-teman ditempat kerja dia tu tak pergi atau berenti kerja kat situ,masih terus menanti macam dia juga.Jadi kalau korang nak tahu best ke tak korang dengarlah dimyspace.

Mereka Senantiasa Best Kepada kami-RADAR


Pertama Sekali"Radar"mengucapkan jutaan terima kasih kepada abang Aidit alfian yang banyak membantu kami dalam segi penghasilan lagu yang baik dan Nasihat yang cukup-cukup kami perlukan.Terima Kasih banyak-banyak Radar Ucapkan.


Cepot JINBARA dan Juga Vocal Kepada Lagu CINTA PANTAI MERDEKA, Salah seorang orang yang paling dekat dan rapat dengan Radar terutamanya Vocalis Radar"komeng",radar juga menggucapkan Jutaan Terima kasih kepada abg cepot JINBARA,Abang cepot banyak membantu dari segi vocal komeng dan juga nasihat-nasihat yang diperlukan oleh kumpulan-kumpulan muzik yang masih merangkak mencari haluan dalam industri muzik ini Seperti Kami.Terima Kasih Kepada Abang Cepot.


Abang Wan panggilan dari band "Radar"abang wan&Kid akar ialah orang yang paling rapat dengan Radar dan orang yang paling bertanggungjawab dalam segi menjaga sound kepada radar bila recording,abang wan juga salah sorang yang best kepada kami dengan ilmu dan nasihat yang dicurangkan atas pengalaman yang pernah dia lalu menjadi salah sorang gitaris kepada kumpulan AKAR dan Pengalaman belajar dia Akademi Seni Kembangsaan(ASWARA),Kalau tak silap jugak Junior ke Senior kepada AG hujan.Kini abang Wan dah bukak Studio Recording Sendiri,iaitu Erfan Studio.Jadi kepada sesiapa yang nak recording.Boleh Hubungi 019-3747266(rizal).Apa-apa pun RADAR nak ucapakan Jutaan Terima Kasih kepada abang Wan yang senantiasa membantu RADAR.TQ

Saturday, March 06, 2010

Berkaitan Seni??

Radar sedia bekerjasama dengan mana-mana Fotografi untuk menyiapkan cover Mini album.Maksud kami kita saling membantu dan memerlukan.Jadi kami senantiasa mengalu-alukan kepada mana-mana fotografi yang baru mahu pun lama.Kami tak kisah.Dua-dua pihak akan dapat rasa pengalaman.Dari segi lain juga untuk saling membantukan.Radar Nak bukak syarikat tidak lama lagi,jadi dari sini juga,kami mencari pekerja-perkerja yang berkaitan seni,untuk kita sama-sama bergerak kehadapan,kita kongsi pengalaman,suka duka Dan dari situ juga perbagai cabang akan kita lihat.Insyaallah Nanti kami akan update lagi hari ke hari berkenaan kerja-kerja nie ye.Keterangan lanjut boleh hubungi 60193747266(Rizal)

Wednesday, March 03, 2010

Monday, February 15, 2010

Jom Layari Dimana Radar Berada Juga


Radarband89@yahoo.com



Radarband89@yahoo.com

Wednesday, February 10, 2010

Lirik-Hey Kawan.

kau aku terlalu Jauh berbeza.
Aku hanya insan Biasa..
Yang tak semudah Kau rasa.
Lebih duka dari Suka.

Hey Kawan(hey kawan)
Mari Kita bersaing
menempuh semua bersama
Hey Kawan(Hey Kawan)
Ku tak pernah Gentar
Menghadapi cabaran...Oh.Oh..

Aku Tak kan pernah lupa
Semua pesan mereka Yang dicinta
Juanglah Hingga gapai impian
Jangan pernah kita Putus Asa

radar mencari konklusi

kami sedang mengkaji dan mencari dimana untuk letak sebenar-benarnya radar dimata korang semua dengan karya yang ikhlas ini..Korang fikirkan sejenak..??sakit,resah,lambat dan cepat itu semua faktornya...
kami hanya band yang masih mencari konklusi itu dan umpama anak kecil yang baru tumbuh gigi..sedangkan lidah lagi tergigt..ini kan pula suami isteri..hahahahah..dah merepek dah..hahahahaha...

Wednesday, February 03, 2010

Design Baju Nak ke???


Radar Masuk Recording Part 1

02/02/2010

Hari ni radar masuk recording studio,jadi nak berceritalah sedikit sebelum dan selepas recording hari pertama ini.Setelah Single yang pertama sudah siap sepenuhnya iaitu “hey Kawan”distudio yang sama juga iaitu “Erfan Studio”yang dimiliki oleh Kid Akar(abg Wan),studio ini juga,tempat Komeng(vocal)kerja sambilan antara band yang telah recording disini,Matahari,Malamband dan banyak lagi.

Sehari sebelum radar masuk recording,hampir seminggu radar berbincang untuk recording lagu mana dulu,jadi sebulat suara dan rasa,hehehe..radar pilih 1lagu untuk direcord kan dulu iaitu???????????..rahsia..tunggu je..heheheh..nanti tade kejutanlah,dah bagitahu tajuk dia awal-awal..nak tahu jugak ke???kuuuuuuuuuu..tunggu jela..bergurau pulak dia..hehehe.

Ok..kita sambung balik cerita,malam tu tepat pukul 9 malam,wan,ijat dan fairol dah berada di Erfan Studio,selepas tu shahrul pulak sampai,Komeng orang yang terakhir…biasalah orang bz dengan Zzzzzzzzzzzzzzzzzz..tidur.hahah..komeng sampai malam tu pukul 10 malam,jadi recording baru dimulakan.semangat menunggu kawan tu bagus,tapi tak elok buat selalu,nanti kerja tak jalan(Komeng cakap)..

hahahahahah..shahrul pun tukarlah tali gitar baru kat gitar fender made in maxico milik Komeng 2,gitar kesayangan dia,kalau korang tengok video klip Kumpulan Jinbara ada Fender warna merah yang dah rabak2 tu,itulah gitar dia...hahaha..dah habis pasang tali gitar n tuning,shahrul masuk guide gitar untuk lagu baru tu,lepas habis tu,masuk vocal guide,dan masuk part drum pulak,part drummlah yang selalu kena banyak bersabar dan teliti,Komeng dan wan,keluar lepak minum dulu,sambil mata-mata yang lain dah mula kuyu,wan dan Komeng layan teh dulu kedai mamak(kureng sikit dorang nie)..hehehehe..

2 jam lepas tu,shahrul mesej wan,Bagitahu drum dah siap,cargas ijat buat drum kali nie,hahahah..tak mahu kat dia je 5-6 jam...sampai tidur berganti-gantilah..hahah..komeng dan wan sampai studio,dengar-dengar balik,ok lah..urmmmmm..jam pun dah menunjuk kan pukul 2 pagi,jadi abg wan yang jaga sound pun dah tak larat dan esok pun kerja,kami berhenti dulu,sambung hari lain sabtu atau isnin nie balik..Jadi nak tahu kesudahannya,macam mana lagu dia,sama macam “hey Kawan ke”?? Tajuk Lagu 2 apa??..Kena tunggu part 2 cerita nie..

Jangan lupa juga promo Single Radar “hey Kawan” kat semua kawan-kawan korang..heheheh..insyaallah juga lepas lagu kedua nie siap radar akan upload full versi lagu-lagu radar kat myspace..Tungguuuuuuuuuu..Kepada yang nak recording??boleh hubungi komeng terus dimyspace...??sekian terima kasih..askum

Sunday, January 31, 2010

Telegram Dari Radar


Ramai orang hantar email,mesej kat myspace dan komen sewaktu dengan dengannya,tanya tade gig ke ape,Sesiapa yang peka dan mengikuti perkembangan radar sebenarnya radar dah perform 3 minggu berturut-turut 9 januari kat plaza alam sentral,16 januari plaza alam sentral dan 23 januari di Paul Place Jalan klang Lama.Jadi pada minggu nie bukan radar tak nak keluar gig perform ke apa,kami sibuk susun lagu baru untuk masuk recording,sibuk dengan summit benda-benda yang penting menyabitkan mempertahankan diri kami,lagu kami,dan rangka-rangka kerja..kami harap semua pihak dapat fahami kami..kami hanya anak kecil yang masih merangkak mencari landasan yang benar dan menjaga hak kami..Kepada yang nak jemput radar perform boleh je hubungi radar dimyspace ,insyaallah radar akan cuba tunaikan permintaan korang dengan sebaik mungkin untuk kedua belah pihak.."sekian Terima kasih Dari PR radar"Assalammualaikum

Selasa Ini

Radar berkemungkinan akan masuk studio untuk sambung recording Lagu baru..Apa Tajuknya masih rahsia..???Jadi korang semua tunggulah ok....
Single kami "Hey Kawan" Korang semua boleh minta di Hot Fm KITA PUNYA pada hari sabtu 9 malam sampai 11 malam dan selain itu di radio-radio yang lain juga..jadi suportlah lagu-lagu dan hasil karya anak malaysia..korang semua best...syukur..amin..assalammualaikum

Saturday, January 23, 2010

Radar Sang Perawan


16/01/2010 Sabtu
Anggota Radar Komeng,ijat,wan dan 2 lagi rakan kepada band radar,Bunteh dan Angah bergerak ke Teratak Angah Di Kg Kemensah Ulu Klang,untuk aktiviti mingguan radar,tak praktis,perform atau mandi-manda,itulah aktiviti mingguan dorang.hahahah.itulah dorang tade awek,tade masa untuk mencari,aktiviti mandi-manda petang tu memang seronok,macam-macam adegan ada,jatuh kerusi,tarzan Malaya yang baru jumpa air,campak mencampak sesame sendiri tu biasa,dah boleh dikotegorikan sebagai rusa masuk Bandar..huhu.Aktiviti petang tu berakhir dalam pukul 6 setengah petang,habis salin-salin baju semua,kami semua bergerak ke satu tempat memancing yang diberi nama Joran Terjun,tempat filem Baik punya cilok berlakon,kami minum petang kat situ,sambil dihidangkan Meegi Sup yang menambat selera petang tu.Cuaca Petang tu agak damai dan tenang,membuat masing-masing bagai dibuai pejalanan hidup yang indah-indah,suasana magrib sudah hampir menyeliputi kehidupan seharian kami.Kami habis makan dan minum,kami terus bergerak balik dengan pantas,sebab pukul 9 malam kami ada praktis untuk perform keesokkan harinya di Plaza Alam Sentral Shah Alam.Jadi itulah aktiviti Radar pada minggu ni.Jumpa Lagi..Selamat beramal..

CERITA DIBALIK PLAZA ALAM SENTRAL.


09/01/2010 SABTU,Kami Dijemput Mengadakan persembahan sempena Com-It Fair Di plaza alam Sentral Shah Alam.Pada Hari jumaat tu, Wan dan Shahrul ,merupakan orang yang paling lemau sebab dah perform dulu untuk majlis tempat kerja mereka, IJN(PADAN MUKA KORANG)..hahahah..Wan dan Shahrul habis perform pukul 9 malam lebih kurang macam tu,terus bergerak ke rumah Uncle Ghani,merupakan ayah kepada drummer Radar iaitu Aizat,Rumah merangkap studio kepada Radar & merupakan tempat rasmi perjumpaan dan praktis kumpulan ni. Kami berborak-borak,terus bergerak ke Kama Studio untuk praktis sempena persembahan di Plaza Alam Sentral keesokan harinya,habis praktis malam tu lebih kurang dalam pukul 12,kami terus balik semula ke RADARSTUDIO.Dengan kelaparan yang melanda,kami singgah sebentar makan di Kedai mek berhadapan dengan RADARSTUDIO,Habis-Habis makan,semua mula dibuai bantal busuk masing-masing..hahahaha..Terutama sekali Shahrul,muka dah macam kena cari Ah-Long..hahahaah..Wan,balik tidur rumah dia,takot tidur kat studio,tak boleh tidur,(hahahha)..alasan..sebenarnya,botol susu lupa bawak...Masuk je studio,Shahrul terus hanyut dibuai mimpi.Komeng dengan Ijat mengalami masalah buatan orang...tak boleh tidur(AWEK SERU)..hahaha..Tak la komeng dengan Ijat Single lagi..hehehehe..layan punya layan,dah pukul 3 pagi,komeng dengan ijat masih tak boleh tidur,last-last ambek jalan pintas,komeng dengan ijat lesap sekali lagi,keluar minum kat kedai mek,yang diangkat sebagai idola masakan oleh kawan kami Banteh(ANAK MAK). Keesokkan harinya, kami semua bangun awal pagi jugak time tu...Siap-siap pergi sarapan kat kedai depan tu(Ijat dengan Komeng Tak mandi lagi time ni..)Borak punye borak, jam dah pukul 11:30, kami pun pulang dan bersiap untuk persembahan...(Ijat paling lembab,macam perempuan bersiap!). Kami pun berangkat ke Plaza Alam Sentral Shah Alam...Setibanya disana, (Mak Aih...Ramainye perempuan!)kitorang pun ape lg, masing2 dengan cover macho gaye tersendiri...hehehe...kami start perfoms dalam kul 4:15 mcm tu...Dimulakan dengan intro,Lagu Mimpi, Ku Nanti, All The Small Things(Cover/Blink182), dan diakhiri dengan lagu Single pertama kami iaitu Hey Kawan...Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar walaupun ade cacatnye sikit...Kami pun balik selepas perfoms...Shahrul pula menyambung semula tidurnya yang tergantung semalam.....

Monday, January 18, 2010

Luahan Kami.Fikirkanlah?


Banyak perkara kadang-kala membutohkan kita untuk kita kehadapi..
banyak perkara kadang-kala menghentikan langkah kita untuk maju kehadapan
Banyak perkara kadang-kala lebih busuk dari kentot yang cibai dari lubang bontot,dubur dan jubo dll...
Banyak perkara kadang-kala dalam persahabatan boleh menjadi racun yang terlalu bisa pada mula bagai madu yang manis dijiat-jilat sambil ketawa gembira bagai monyet dapat pisang.
Banyak perkara kadang-kala terpaksa dan dipaksa untuk mengikut telunjok,dijolok dengan angka-angka yang begitu besar nilainya tapi terlalu hina dari banyak segi yang tak dapat kita lihat dan tak ternilai hinanya.
Banyak perkara kadang-kala manusia terpaksa menjadi duri,dalang,jalang dan sebagainya untuk mendapat apa yang dimahu,asal tekaknya basah bagai dibasahkan dengan air manisan di panas terik,tapi orang lain terseksa dengan apa telah dia lakukan.

Wednesday, January 13, 2010

Siapakah RADAR..???






Radar bermula pada tahun 2009, terdiri daripada empat anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur iaitu Komeng(Vocalist & Rhythm), Sharul(Lead Guitar), Wan(Bassist), & Ijat(Drummer).Kumpulan ini pada asalnya merupakan gabungan diantara 2 kumpulan iaitu Kabus Pagi & Soul of Fusion.Oleh disebabkan mereka masih mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik, mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang baru kini diberi nama Radar.

Radar menjadikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Sudirman,
Meet Uncle Hussain, Hujan, Bittersweet, J-rock, Jinbara, Amy Search, Ella, Spider, M.Nasir, Allahyarham Loloq, Aidit Alfian & ramai lagi artis Tanah Air kita sebagai idola kami. Selain itu juga kami manjadikan Muse, Good Charlotte, Guns & Roses, The Beatles, The Strokes, Nirvana, Blink 182, Greenday, My Chemical Romance, serta ramai lagi sebagai idola luar Negara kami.

Kini Radar telah menyiapkan satu Single pertama mereka iaitu Hey Kawan dimana lagu ini diilham berdasarkan pengalaman masing-masing yang lalu bersama kumpulan kami sebelum tertubuhnya Radar. Proses recording kami yang pertama telah dijalankan di Erfan Studio & Wan Akar(Kid) bertindak sebagai sound enginnering.
Kami telah diberi tunjuk ajar sedikit sebanyak dari Wan Akar, Aidit Alfian & Cepot Jinbara mengenai projek pertama kami ini(Single).

Kami mengharapkan projek single pertama ini(Hey Kawan) dapat diterima oleh seluruh pendengar Muzik Tanah Air. Oleh itu, kami berharap agar semua warga Malaysia dapat menyokong industri muzik tanah air & juga saling membantu industri muzik tanah air kita lagi. Sekian terima kasih dari kami R.A.D.A.R.