Monday, February 07, 2011

MYDIN USJ.SUNWAY




06/02/11 Ahad.Radar perform di Mydin Usj,sunway.Kami bertolak ke sana dalam
pukul 4.00 petang.Sampai saja disana,macam biasalah mencari parking yang selalunya
agak sukar kerana hujung minggu pusat membeli-belah senantiasa penuh dengan manusia.
So lebih kurang dalam 15 minit juga pusing mencari tempat parking kereta.Petang tu
kami bergerak 5 orang,komeng,wan,aizat dan 2 orang lagi merupakan pembantu kepada
radar.Shahrul tak dapat join perform hari ni sebab masalah kesihatan.Pagi tu juga,shahrul dan
wan baru balik dari pulau langkawi.Alhamdulillah,wan dapat sama-sama join perform petang tu
walaupun masih dalam keadaan letih.


Sampai Saja di Mydin Usj dengan jayanya.So Kami cuba cari abang bob ringgo suria fm untuk
bertanya berkenaan slot perform dan dalam masa yang sama petang tu,pertandingan karaoke pun
sedang berjalan dengan meriahnya.Wow.ramainya orang petang tu,kami pun bergerak ke foodcourt yang
tak begitu jauh dari stage tempat kami perform.Alhamdulillah,kami dapat berjumpa kawan-kawan
band yang lain,abang bob ringgo pun ada sama masa ini.Kami pun duduk sama untuk minum petang.


Pukul 7.00 petang pun bermula acara,kami semua diminta ke bahagian tepi stage yang telah disedia.
Sampai di bahagian tepi stage,kami pun setup barang-barang kami.Abang bob ringgo beritahu radar
perform No 4.So kalau mengikut list kami dekat bahagian tengah-tengahlah kiranya.Band opening perform
hari tu ialah Zarul & The Protes dengan 3 lagu mereka dan berenti sebentar untuk azan magribh.
Sambung semula 15 minit selepas azan ialah band Astrak Hingga Ke Bulan diikuti Silent Stage,
Radar,L is Love,Bayang,Mel Tonawarna,Juriel Duta dan penuntup oleh Jazul.Radar opening malam tu
lagu Hey kawan,ku nanti dan mimpi.


Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan baik,walaupun komeng tak puas hati dengan vocal dia
hari ni.Dia bagitahu dia ada masalah dengan tekak dia,apa-apa pun event hari ni telah jalan
dengan jayanya.Syukur.Terima Kasih Kepada Mydin Usj,Abang Bob Ringgo,abang soundman,
band-band Dan kepada semua datang support perform hari ni.Terima Kasih.Terima Kasih Dan
Terima Kasih...



*JANGAN LUPA 12/02/2011 SABTU MALAM RADAR AKAN PERFORM DI BANGUNAN KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN PERSIT 4,PUTRAJAYA.14/02/2011 MALAM KAMI AKAN BERADA DI KELAB SELANGOR BUKIT RAJA.KLANG