Showing posts with label Perform. Show all posts
Showing posts with label Perform. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

MERLIMAU.MELAKA

Petama sekali kami nak minta maaf banyak-banyak kerana lambat update blog radar ini,kerana
kesibukan yang membataskan kami menaip.Sorry kawan-kawan semua.So kita berbalik pada kisah radar
yang perform pada 05.03.2011 sabtu di Merlimau Melaka.kami bertolak ke melaka dari Kuala
Lumpur lebih kurang dalam jam 9.30 pagi.Pada hari tersebut aizat(drummer)radar tidak dapat ikot
sama ke Melaka kerana terpaksa berkerja,so komeng,wan,shahrul dan seorang kawan kami yang boleh
dikatakan crew,gps dan juga penghibur encah ikut sama kami ke melaka.Terima Kasih encah,bawak kami
jalan-jalan bandar melaka.ahahaha.

Sepanjang perjalanan komeng dan shahrul adalah antara yang paling aktif lawan tidur dibelakang.ahaha.
Pukul 10.30 pagi kami berenti di hentian seremban(kalau tak silap)untuk sarapan pagi.Pukul 11 kami
sambung semula perjalanan yang masih jauh kami rasakan.So komeng dan shahrul sambung semula mimpi-mimpi
yang tersentap kerana tadi.Jam hampir menunjukkan pukul 1.00 tengahari kami sudah berada dikawasan merlimau
yang dipenuhi bendera-bendera parti yang tak berapa hari tinggal hari mg'undi.Kami pun tercari-cari
tempat yang kami akan perform pada hari tersebut,kami telefon abang bobringgo bertanya tempat,dia kata
tak jauh dari kawasan kami ketika tu.Kami teruskan perjalanan.Akhirnya jumpa.Wow.Panasnya melaka.

Pukul 2.40 macam tu acara pun bermula hari tu dengan pembukaan persembahan hari tu dari Ana Raffali.Selepas
Ana Raffali,Mel Tonawarna,Ijam Silent Stage,Jazz Dzull Dan Selepas tu Radar.Radar perform last hari tu.
kami main 3 lagu iaitu hey kawan,ku nanti dan mimpi.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.walaupun
komeng agak berbulu dengan gitar dia yang kejap ada kejap tak ada sound dia.Apa-apa pun terima kasih kepada
semua yang support radar perform pada hari tersebut.Terima kasih kepada semua band,Abang bobringgo(mc Pada
tersebut.Best bang)semua yang terlibat menjayakan karnival sukan ini dengan jayanya.Terima Kasih.Terima Kasih.

UPSI.Tanjung Malim

*Minta maaf banyak-banyak lewat update*

Pada 25.02.2011 jumaat malam.kami berada di UPSI Tanjung Malim untuk berakustik sempena program tahunan UPSI.
Kami bergerak ke tanjung malim lebih kurang dalam pukul 8.30 malam,agak begitu lewat kerana dari masa
yang kami setkan kerana masalah tunggu-menunggu.So kami ambil keputusan untuk pergi terus ke tanjung malim.
Redah saja,yakin boleh.Haha.Kami sampai di tanjung malim lebih kurang jam 9.50 itu termasuk masa
tersesat jalan tu.hahah.Kami pun hubungi abang bobringgo untuk tanya lokasi perform hari tu,kerana UPSI
begitu banyak dikawasan tu.So kami tak tahu yang mana satu.Abang bob tunggu kami disatu simpang dikawasan
tersebut,Alhamdulillah kami pun jumpa abang bob dan ikot kereta dia dari belakang.

Akhirnya pukul 10.30 malam kami sampai di UPSI.Maaf Semua kami terlewat kerana kesesatan mencari jalan
datang ke UPSI.Kehadiran kami malam tu disambung baik oleh semua dari pintu kereta lagi.Terima Kasih.
Terima Kasih.Kami Semua Dibawah ke Khemah artis yang disediakan dibahagian tepi stage.Sampai saja dikhemah
tersebut sengugut mula datang iaitu debar-debar..ahaha..mana taknya orang ramai malam tu.Komeng antara orang
yang akan selalu berfikir banyak kerana dia kena bercakap.ahaha.JAGA-JAGA.ahaha

Opening malam tu ialah Mel tonarwarna(Vocal kau best mel).selepas tu ada sebuah band,kami tak ingat kerana
ketika ni kami sedang merayau-rayau dikawasan tu yang ada jual macam-macam.Aizat dengan wan awal-awal dah
hilang hari tu,komeng dengan shahrul geng rayau ke lain pulak.Wow besarnya kawasan dia,lemah lutut,dia pun
M dia Setiap sudut kawasan tu ada.giler best..hehehe.Kami kembali je ke stage manci band Roketts ready nak
perform.Selepas Manci perform malam tu.Nama Radar pun dijemput naik oleh Abang Bobringgo malam tu yang merupakan
MC malam tu.kami naik setup semua,lagu opening hari tu ialah lagu hey kawan yang merupakan single pertama
daripada kami.Selepas itu lagu Ku Nanti Dan Mimpi.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik,Terima Kasih
Abang Soundman dan UPSI terutama sekali yang part corus lagu hey kawan tu nyanyi sama-sama.Terima Kasih.


Selepas Saja kami habis perform malam tu.Jazz Dzull menjadi penutup majlis tersebut dengan vocal yang dasyat.
Pakcik ni kami respect masa nyanyi lagu A Feel Goof..hahah.terbaik.Selepas sahaja Jazz Dzull habis perform,Kami
Semua dan yang lain-lain dijemput ke dewan,kerana ada sedikit jamuaan yang disediakan kepada kami.UPSI memang
terbaik la.bak kata kami masa makan tu.Sambal Udang ni terbaik wokk..hehehe.Terima kasih banyak-banyak UPSI.
Kita jumpa lagi.Jangan lupa invite radar perform lagi.Love You.Sekian Terima Kasih.

Monday, February 07, 2011

MYDIN USJ.SUNWAY




06/02/11 Ahad.Radar perform di Mydin Usj,sunway.Kami bertolak ke sana dalam
pukul 4.00 petang.Sampai saja disana,macam biasalah mencari parking yang selalunya
agak sukar kerana hujung minggu pusat membeli-belah senantiasa penuh dengan manusia.
So lebih kurang dalam 15 minit juga pusing mencari tempat parking kereta.Petang tu
kami bergerak 5 orang,komeng,wan,aizat dan 2 orang lagi merupakan pembantu kepada
radar.Shahrul tak dapat join perform hari ni sebab masalah kesihatan.Pagi tu juga,shahrul dan
wan baru balik dari pulau langkawi.Alhamdulillah,wan dapat sama-sama join perform petang tu
walaupun masih dalam keadaan letih.


Sampai Saja di Mydin Usj dengan jayanya.So Kami cuba cari abang bob ringgo suria fm untuk
bertanya berkenaan slot perform dan dalam masa yang sama petang tu,pertandingan karaoke pun
sedang berjalan dengan meriahnya.Wow.ramainya orang petang tu,kami pun bergerak ke foodcourt yang
tak begitu jauh dari stage tempat kami perform.Alhamdulillah,kami dapat berjumpa kawan-kawan
band yang lain,abang bob ringgo pun ada sama masa ini.Kami pun duduk sama untuk minum petang.


Pukul 7.00 petang pun bermula acara,kami semua diminta ke bahagian tepi stage yang telah disedia.
Sampai di bahagian tepi stage,kami pun setup barang-barang kami.Abang bob ringgo beritahu radar
perform No 4.So kalau mengikut list kami dekat bahagian tengah-tengahlah kiranya.Band opening perform
hari tu ialah Zarul & The Protes dengan 3 lagu mereka dan berenti sebentar untuk azan magribh.
Sambung semula 15 minit selepas azan ialah band Astrak Hingga Ke Bulan diikuti Silent Stage,
Radar,L is Love,Bayang,Mel Tonawarna,Juriel Duta dan penuntup oleh Jazul.Radar opening malam tu
lagu Hey kawan,ku nanti dan mimpi.


Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan baik,walaupun komeng tak puas hati dengan vocal dia
hari ni.Dia bagitahu dia ada masalah dengan tekak dia,apa-apa pun event hari ni telah jalan
dengan jayanya.Syukur.Terima Kasih Kepada Mydin Usj,Abang Bob Ringgo,abang soundman,
band-band Dan kepada semua datang support perform hari ni.Terima Kasih.Terima Kasih Dan
Terima Kasih...



*JANGAN LUPA 12/02/2011 SABTU MALAM RADAR AKAN PERFORM DI BANGUNAN KEMENTERIAN BELIA DAN
SUKAN PERSIT 4,PUTRAJAYA.14/02/2011 MALAM KAMI AKAN BERADA DI KELAB SELANGOR BUKIT RAJA.KLANG





Tuesday, February 01, 2011

JAYA JUSCO KEPONG

30/01/2011 SABTU - Pada hari dan tarikh tersebut kami perform di Jaya Jusco,Kepong
bersempena HARI SELAMATKAN DUNIA KITA, dan kempen tersebut telah berjalan di beberapa lokasi, antaranya Federal Hotel bukit Bintang, Cafe Secawan kopi, Cheras dan terbaru
sekali di Jaya Jusco,Kepong. Pada hari tersebut kami tiba agak lewat sedikit kerana sesat mencari Jusco ni, jalan sedikit jem walaupun kami keluar agak awal dan ditambah juga dengan hujan lebat pada hari tersebut.

Jam 4 Petang kami tiba Di JJ kepong, sampai je kat sana, kami ada satu masalah, iaitu Parking! Kami pun pusing2 mencari tempat parking secepat mungkin, time ini kami berempat sempat borak-borak, disulami lawak jenaka Ijat, diikuti carut-mencarut kerana tak dapat2 tempat parking petang tu. Akhirnya pencarian tu berbaloi diatas kesilapan ijat masuk salah lorong.. Maka dapatlah kami satu parking dan yang bestnya, sangat dekat dengan tangga untuk naik. Sampai je dekat atas, Komeng cuba hubungi Abg Bob Ringgo Suria Fm untuk tanya dimana lokasi stage,tapi malangnyaAbang Bob tak jawab fon, so kami bergerak utk mencari venua acara kami.

Sambil Cover Line Dengan lawak-lawak, padahal cuak. Akhirnya Stage yg dicari itu sudah kami jumpa, itu Pun sebab terdengar Suara Juri DUTA yang menyanyi lagu (CINTA ANTARA KITA), kami terus segera mencari dari mana suara itu datang dan akhirnya jumpa juga.. SELAMATTTTT..

Sampai Je kat Backstage, kami terus Salam Abang Bob, minta maaf atas kelewatan kami, nasib baik Abang Bob gtau acara baru mula. Sementara menunggu giliran kami utk Perform, kami Pun setup barang-barang kami semua. Bila Komeng keluar dari bilik backstage untuk tengok berapa banyak line untuk Gitar. Alamak! Boleh cucuk 2 Gitar je, so komeng tak dapatlah main Gitar kerana line amp tu hanya cukup untuk Shahrul dan Wan je.

Jam 5.30 petang, kami diminta ready untuk perform. Selang beberapa minit, nama Radar pun
diumumkan untuk start perform petang tu oleh Abang Bob. Naik je kat stage, abang Bob pun meminta 1-2 komen Kepada Komeng tentang Alam Sekitar. Alhamdulillah. dapat bagi Komen dengan apa yang telah difikirkan beberapa minit kat backstage tadi..ahahaha..cuak siot~!

Perform petang tu juga merupakan yang pertama Komeng Perform tanpa main gitar. Mula-Mula tu Komeng gtau cuak kejap, sebab monitor untuk keseluruhan sound dan vocal tak ada. Apa yang kami fikir ketika tu, yakin Boleh Je! Opening petang tu, kami main lagu Hey Kawan. Komeng juga, dah gtau yang dia nak 'merayap' satu stage petang tu untuk melayan setiap sudut orang2 kat depan tu. Dengan macam-macam style yg dibuat..hehe..

Duduk,berdiri, baring je tak, sambil tengok orang tingkat atas, pergi ke depan-depan kamera yang direcord oleh Juri Duta. Terima Kasih kepada Juri kerana sudi membantu kami pada petang tu. Habis je lagu 'Hey kawan', kami main lagu 'Ku Nanti', suasana jadi agak relaks Sikit. Habis je perform, ada beberapa band yang buat persembahan.

Pukul 6.30 Kami Semua Dijemput Untuk Ke Bilik Management JJ Yang Telah Menyediakan MakanMakan Kami Petang tu.so Kami Pun Beratur ambil Makanan,Paling Best Petang Tu,ada Satu Roti tu, apa Entah Nama Dia,Mula-Mula Tengok je, Sekali Dah ambil.Alamak..Sedapnyaaaa..Ingat Nak Belasah Lagi Sekali.Sekali Dah Habis..Ahahaha..

So Habis Makan Tu kami Kena Bergerak Ke Satu Tempat Yang Telah Disediakan Untuk Tandatangan kempen tu,ambil Gambar Dan Record Video Semperna HARI SELAMATKAN DUNIA.Majlis Tersebut Pun Berjalan Kembali, ada Beberapa Band Yang Belum Perform, sambung Perform Malam Tu.9 Malam Pun Majlis Tu Pun Tamat. Kami Pun Segera Ambik Kereta Dan Balik Kerana Masing-Masing Dah Terasa Letih.

Apa-Apa Pun Jangan Lupa Jumpa Kami Pada 06/02/11 Ahad Di Jaya Jusco Au2 Keramat Pukul 3 Petang Dan Malam Pula Di Mydin Usj, Sunway.Jumpa Disanaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, January 25, 2011

Sebuah Cerita Di Cafe Secawan Kopi

Pada 22/1/2011 Sabtu Radar berada Di Sebuah Cafe Terletak di Cheras iaitu Secawan Kopi.
Acara tersebut Diberitahu oleh Abang Bob Ringgo (suria fm) bermula pada jam 8.30 malam.
Pada hari tersebut juga,wan(Bassist) Dan Shahrul(Gitar) beritahu yang mereka tak dapat
ikut perform bersama kerana terpaksa Atau dipaksa kerja ke tak tahu la,.

So komeng(Vocal & gitar) dan Aizat(drummer) pada malam tersebut
bergeraklah ke Cafe Tersebut Dengan Ada Sedikit Perasaan down kerana ini merupakan
event yang pertama yang line-up Radar tidak cukup, dan ini juga pengalaman baru bagi
komeng Dan aizat.Apa yang boleh Kami katakan juga,Akustik malam tu cuba buat yang
terbaik dan belasah saja yakin boleh.haha.

Pada malam tersebut ada 8 band yang perform antaranya Tonawarna,The Roketts,Bayang,
Radar Dan Banyak Lagi.Malam Tersebut kami main No 4.Sementara Menunggu giliran Perform
malam tu,pihak cafe tersebut menyediakan makanan yang best-best, Terima Kasih Cafe Secawan Kopi.

Jadi kami makan sedikit untuk alas perut yang dah mula berkocak-kocak lapar,Bihun
goreng tu sedap.ahaha,tapi kejap lagi nak kena nyanyi,kang mahu bersepah
pulak bihon atas stage tu..ahaha..ambil bihon sikit,kentang goreng sikit,nugget dan air
manggo..ahaha,..syukur..alhamdulillah..

Tiba Masa kami untuk perform,lagu-lagu yang didendangkan pada malam itu ialah :

1) Hey kawan,
2) Ku Nanti
3) Mimpi
4) Aku Bukan Boneka (Lagu Baru)

Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan baik.Terima Kasih Kepada Yang datang malam tu Support event tersebut. Terima Kasih,Terima kasih, Dan Terima kasih juga malam tu Juri(DUTA) yang jua turut menghadiahkan kami sekeping Cd kumpulan Bayang.

Btw - Juri sangat kelakar malam tu yang tak habis-habis dengan Teka-Tekinya. haha.. Keseluruhannya Malam tu kami rasa sangat bersyukur dan alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

Wednesday, September 29, 2010

03-10-2010 Ahad

Radar Akan Berada Di karnival Lorong Seni Di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Presit 4 Putrajaya.Kami Akan Perform Akustik Disana.Jangan Lupa Jumpa Disana Ahad Ni.

Monday, July 12, 2010

Dataran Petaling Jaya+Perform

Pada 10 Julai 2010 bersamaan hari sabtu,Radar dijemput perform di Dataran Petaling Jaya sempena Selangor Muzik Entravaganza 2010.Jadi Kami diberitahu kami perlu berada disana pada pukul 7 petang,jadi pada petang tu kami sampai disana agak lewat kerana hujan turun begitu lebat dan Shahru(Gitar) dan Wan(Bassist) pulak kerja.Kecuali Komeng dengan Ijat free pada hari tersebut..Jadi kena tunggulah dorang balik kerja pukul 4 petang,yang membuat dorang sampai lambat.Sebab hujan petang tu.Dorang dari ofis kena balik rumah dulu,siap-siap baru jumpa distudio Radar di Gombak...

Pukul 7 baru kami bergerak ke PJ,harapan Hari tu tadelah jalan jam.sekali sangkut kejap dekat bangsar.Kami dah risau dah.Takot orang tunggu-tunggu kami,jadi komeng dengan kadar segera telefon organizer di Dataran Petaling Jaya iaitu encik Eddie,untuk bagitahu kami mungkin akan sampai lewat sedikit.Alhamdulillah Lepas je jalan Bangsar jalan dah ok sikit,cuma nak masuk ke dataran P.J tu je agak slow.Sebab hujan mula turun dengan lebat balik..

Alhamdulillah.Kami sampai di Dataran Petaling Jaya dalam pukul 8 malam,hujan agak lebat lagi time nie,kami parking di back stage,terus turun barang bawak ke stage,jadi dekat sana adalah 2,3 crew yang kami kenal,lega rasa.show pun belum stars lagi,sebab hujan.Syukur Jugak malam tu,hujan dah mula slow sikit-sikit.akhirnya time kami sound chek pukul 9 malam,hujan pun berenti.alhamdulillah lagi.

Pada Pukul 9.45 malam kami pun di jemput untuk perform.Opening malam tu dengan lagu single pertama Radar berjuduh"HEY KAWAN"..agak cuak-cuak jugak time perform tu,stage punya la besar giler,sound memang best.Syukur..Lagu kedua malam tu.Kami main lagu berjuduh "KU NANTI",yang merupakan single kedua Radar.Penutup malam tu kami main lagu baru,tajuk dia "MIMPI"crow dah naik giler dah,jerit-jerit.dengan basah-basah pandang lagi lepas hujan.hehehe..memang best..Puas..Terima Kasih semua yang datang malam tu,yang lain joget bersama,organizer dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya.tq

Sunday, July 04, 2010

Cerita 26-06-2010

Pertama sekali kami memohon maaf sebab lambat post cerita ni.Sorilah ye.kami betul-betul bz dengan kerja masing-masing.Berbalik pada cerita,pada 26-06-2010(sabtu)kami ada perform di D'STUDIO CAFE DI DESA PETALING Setelah sebulan kami berehat kerana bapa kepada drummer Radar(aizat),telah Meninggal dunia pada 22-05-2010,pada terikh tersebut juga,kami ada perform di Setiawangsa,jadi kami terpaksa batalkan.Kini hampir sebulan lebih bapa kepada drummer Radar,meninnggal dunia,jadi sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalanganan orang-Orang yang beriman.Amin..

Pada 26-6 kami bergerak pada pukul 1.30 petang ke Desa Petaling,sebab mengikut MAB yang disediakan,Wan(BASSIST)cakap dia tahu dekat mana,jadi comformlah tu.Kami pun bergerak hari tu 5 orang,sorang lagi adalah kawan kepada Radar.Sampai di Desa Petaling dalam pukul 2 petang,kami sampai-sampai tengok adalah budak-budak band lain dekat situ,ramailah juga.sementara menunggu untuk undian kami pun lepak minum-minum dan sembang yang diselang-selikan dengan lawak jenaka si e-jat(DRUMMER).Hari tu kena main 3 lagu je.Pastu pulak kami main no 3.Alhamdulillah,dapat main awal.Lagi pun komeng(VOCAL) kena gerak awal ke RTM(RENTAK JUARA)ada kerja dengan JINBARA.Dengan jumlah lagu yang telah ditetapkan.alhamdulillah,tak perlulah kami menunggu lama.Hari tu kami opening dengan intro+Hey Kawan,mula-mula nak mula tu,crow memang tade,memang agak risaulah.Tapi Alhamdulillah.Kami main je intro tu dan komeng(Vocal)cakap serba-sedikit terima kasih kepada D'STUDIO CAFE panggil RADAR main hari tu.awal-awal lagi pun kami ada masalah sedikit dengan effect,bukan effect Shahrul(gitar) je,effect-effect komeng(vocal/gitar) sekali tak menyala.Mungkin power tak support kot.Tanpa Kami buang masa,kami terus main hey kawan selepas intro tu.Dalam Tak sedar dan feel yang melayang,Sedar-sedar crow dan penuh dekat depan.Korang Memang bestlah..Pas lagu HEY KAWAN,Kami main lagu slow sedikit.KU NANTI,crow mula melayang dan menari.Selepas HEY KAWAN dan KU NANTI berlalu,Kami main last song sebuah lagu baru berjuduh 'MIMPI'.lagu tu seolah-olah semua player macam ke saka,seronok giler main.Apa-apa pun gig di D'STUDIO CAFE memang best..crow yang best.Kami layan.Kami setle je,kemas-kemas barang,salam bro sam(Mungkin BOss D'STUDIO CAFE kot)hehehe,dia cakap minggu depan datanglah main lagi.Kami rasa lega.Terima Kasih bro.Kalau ada Kelapangan dan tak bertembung dengan jadual harian semua.Kami datang lagi..Terima Kasih Kepada Semua.Sekian Terima Kasih..I Love You...

Wednesday, June 16, 2010

Monday, March 08, 2010

Perform Di UM

7-03-2010 Ahad
Radar Ada perform di UM(Universiti Malaya)iaitu yang diberi nama Syncro 9,Pagi-pagi lagi shahrul dan ijat dah call komeng,pagi tu ada praktis,sebab hari sabtu tu tak sempat praktis sebab shahrul ada kenduri dan yang lain-lain kerja,jadi pagi tu lebih kurang jam 11 pagi kitaorang dah mula praktis kat Studio Radar yang terletak di gombak iaitu rumah Pak cik Ghani atau ayah kepada drummer Radar iaitu Aizat.Terima Kasih Cik Ghani yang senantiasa support Radar.

Pagi tu layan-punya layan tahu-tahu jam dah pukul 12.30 tengahari,kami pun dah mula siap-siapkan barang nak menghandsomekan diri yang tak berapa nak handsome(Syukur)hehehe.tepat pukul 1 kami bergerak ke UM,sampai di UM kami mencari tempat yang kami nak perform,apa yang di beri tahu,Di kolej kediaman TUN SYED ZAHIRUDIN,cari punya cari,last ambek ko,sesat dalam UM tu..heheheh..padan muka.Last sekali dengan muka yang slumber shahrul tanya pakcik skuriti kat situ,dengan dah terangkan baik punya kat shahrul,dah jumpa dah jalan tu,pagar pulak tutup.padan muka kali kedua.hahahaha.Shahrul dah menggigil2 dalam kereta sebab lapar.haha.yang lain-lain pun tak larat juga tahan lapar,sabar jela.redah saja.akhirnya kami sampai juga kat tempat yang nak perform tu,kitaorang daftar-daftar nama,kitaorang main no 3 yang terakhir,jadi lambat lagi,dengan perut yang dah mula meracau kelaparan,kitaorang lepak makan dulu,kat belah pintu masuk tu adalah pelajar-pejalar UM jual Bihun sup.Walaupun Target komeng hari tu nak cari nasi kalau sampai nanti,tapi tak jumpa,jadi nak tak nak,dah lapar,bihun sup pun sebat jela.haha.Walaupun tak berapa nak kenyang hari tu(syukur yang pentingkan)..hehehe..terima kasih kepada akak-akak yang jual Bihun sup tu sebab bukak awal,habis makan,kami pun angkat barang-barang kat kereta,terus ke dewan yang kami akan perform.Disebabkan kami perform no 3 terakhir,jadi sempatlah relaks-relaks dulu,tune gitar dulu,membersihkan mata dengan wanita-wanita yang cantik kat UM tu..hehehe..GATAL sungguh..apa-apa pun ada sorang awek kat situ komeng minat,bukan komeng je,last wan dengan shahrul pun terus minat..hehehe..ijat tak boleh,mahu komeng report dengan awek dia..hehehe..Cukuplah kat sini cakap dia pakai baju PINK..heheheh..memang cun kalau boleh cairkan komeng..heheheheh..dah..dah..jauh dah nie..


Kami tunggu punya tunggu,akhirnya nama kitaorang dipanggil untuk perform,awalnya kitaorang nak perform 4 lagu.Tapi ada pihak-pihak nak dijimatkan masa,kitaorang perform 3 lagu je.Sori UM.Kami tak boleh buat apa-apa pun,itu yang telah ditetapkan,sori again.heheh.Suasana petang tu memang best,Relaks je.Kitaorang main Lagu "KU NANTI"dulu,yang kesiannya Effect gitar shahrul petang tu buat perangai,jadi dia pakai dari gitar terus ke AMP,lagu kedua kitaorang perform"Lagu blink 182 al"tajuk lupa..hehehe.Lagu blink 182 petang tu Wan pemain bassist radar nyanyi,orang-orang yang kat dalam dewan tu nyanyi sama-sama.Terima Kasih semua yang nyanyi sama-sama petang tu.Lagu ketiga radar lagu yang menjadi Single pertama dari radar"Hey Kawan",memang best petang tu,orang-orang dalam dewan tu support habis,tq semua,siap ada satu time tu part Hey kawan,dorang tepuk macam dalam lagu-lagu yang betul tu,mcacamne??korang kena dengar lagu tu kat myspace ok.Memang puas petang tu,walaupun orang yang paling geram petang tu shahrul,sebab effect gitar dia buat perangai.sabar jela ye yob..hehehe.

Habis perform tu kitaorang terus lepak tepi stage,mak ai,basah lencon baju petang tu dengan peluh,panasnya bila sport light tu pacar kat kitaorang petang tu.Best memang best.Tapi kuyob.Pastu Ijat dan komeng duduk depan stage support band lain pulak perform,tengah-tengah komeng relaks,ada sorang perempuan bertudung datang nak ambek gambar..heheh..teperanjat mula-mula tu,tapi buat-buat cool..hahaha.Apa-apa pun tq sangat sudi nak ambek gambar dengar RADAR..Tq sangat.Habis je ambek-ambek gambar tu,kami terus kemas-kemas barang,terus balik,patutnya habis perform tu,kitaorang kena gerak studio Nar recording JINBARA ada ajak datang tengok jinbara recording,tapi akibat keletihan dan kelaparan sekali lagi melanda,kami terus gerak balik,kami minta maaf kepada abang-abang jinbara.Balik tu kami terus ke Restoran Pelita di KLCC,kami makan-makan.terus balik rumah.Itulah cerita serba sedikit perform di UM.Apa-apa pun Jutaan terima kasih kepada semua yang datang support Radar petang tu,kepada pihakpihak yang terlibat menjayakan acara hari tu.Kami ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana menjemput RADAR.Kepada pelajar-pelajar UM.Terima Kasih banyak-banyak nyanyi dan support RADAR dan Band yang lain-lain petang tu.JANGAN LUPA JEMPUT RADAR LAGI.Sekian terima kasih.love u semua..