Wednesday, March 23, 2011

MERLIMAU.MELAKA

Petama sekali kami nak minta maaf banyak-banyak kerana lambat update blog radar ini,kerana
kesibukan yang membataskan kami menaip.Sorry kawan-kawan semua.So kita berbalik pada kisah radar
yang perform pada 05.03.2011 sabtu di Merlimau Melaka.kami bertolak ke melaka dari Kuala
Lumpur lebih kurang dalam jam 9.30 pagi.Pada hari tersebut aizat(drummer)radar tidak dapat ikot
sama ke Melaka kerana terpaksa berkerja,so komeng,wan,shahrul dan seorang kawan kami yang boleh
dikatakan crew,gps dan juga penghibur encah ikut sama kami ke melaka.Terima Kasih encah,bawak kami
jalan-jalan bandar melaka.ahahaha.

Sepanjang perjalanan komeng dan shahrul adalah antara yang paling aktif lawan tidur dibelakang.ahaha.
Pukul 10.30 pagi kami berenti di hentian seremban(kalau tak silap)untuk sarapan pagi.Pukul 11 kami
sambung semula perjalanan yang masih jauh kami rasakan.So komeng dan shahrul sambung semula mimpi-mimpi
yang tersentap kerana tadi.Jam hampir menunjukkan pukul 1.00 tengahari kami sudah berada dikawasan merlimau
yang dipenuhi bendera-bendera parti yang tak berapa hari tinggal hari mg'undi.Kami pun tercari-cari
tempat yang kami akan perform pada hari tersebut,kami telefon abang bobringgo bertanya tempat,dia kata
tak jauh dari kawasan kami ketika tu.Kami teruskan perjalanan.Akhirnya jumpa.Wow.Panasnya melaka.

Pukul 2.40 macam tu acara pun bermula hari tu dengan pembukaan persembahan hari tu dari Ana Raffali.Selepas
Ana Raffali,Mel Tonawarna,Ijam Silent Stage,Jazz Dzull Dan Selepas tu Radar.Radar perform last hari tu.
kami main 3 lagu iaitu hey kawan,ku nanti dan mimpi.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.walaupun
komeng agak berbulu dengan gitar dia yang kejap ada kejap tak ada sound dia.Apa-apa pun terima kasih kepada
semua yang support radar perform pada hari tersebut.Terima kasih kepada semua band,Abang bobringgo(mc Pada
tersebut.Best bang)semua yang terlibat menjayakan karnival sukan ini dengan jayanya.Terima Kasih.Terima Kasih.

2 ulasan:

A.I.Z.A.T said...

update la, bkn 'updata'.. k nak update data ape? ahahahhaha

Radamuzik.blogspot.com said...

silap..sori..