Monday, March 08, 2010

Perform Di UM

7-03-2010 Ahad
Radar Ada perform di UM(Universiti Malaya)iaitu yang diberi nama Syncro 9,Pagi-pagi lagi shahrul dan ijat dah call komeng,pagi tu ada praktis,sebab hari sabtu tu tak sempat praktis sebab shahrul ada kenduri dan yang lain-lain kerja,jadi pagi tu lebih kurang jam 11 pagi kitaorang dah mula praktis kat Studio Radar yang terletak di gombak iaitu rumah Pak cik Ghani atau ayah kepada drummer Radar iaitu Aizat.Terima Kasih Cik Ghani yang senantiasa support Radar.

Pagi tu layan-punya layan tahu-tahu jam dah pukul 12.30 tengahari,kami pun dah mula siap-siapkan barang nak menghandsomekan diri yang tak berapa nak handsome(Syukur)hehehe.tepat pukul 1 kami bergerak ke UM,sampai di UM kami mencari tempat yang kami nak perform,apa yang di beri tahu,Di kolej kediaman TUN SYED ZAHIRUDIN,cari punya cari,last ambek ko,sesat dalam UM tu..heheheh..padan muka.Last sekali dengan muka yang slumber shahrul tanya pakcik skuriti kat situ,dengan dah terangkan baik punya kat shahrul,dah jumpa dah jalan tu,pagar pulak tutup.padan muka kali kedua.hahahaha.Shahrul dah menggigil2 dalam kereta sebab lapar.haha.yang lain-lain pun tak larat juga tahan lapar,sabar jela.redah saja.akhirnya kami sampai juga kat tempat yang nak perform tu,kitaorang daftar-daftar nama,kitaorang main no 3 yang terakhir,jadi lambat lagi,dengan perut yang dah mula meracau kelaparan,kitaorang lepak makan dulu,kat belah pintu masuk tu adalah pelajar-pejalar UM jual Bihun sup.Walaupun Target komeng hari tu nak cari nasi kalau sampai nanti,tapi tak jumpa,jadi nak tak nak,dah lapar,bihun sup pun sebat jela.haha.Walaupun tak berapa nak kenyang hari tu(syukur yang pentingkan)..hehehe..terima kasih kepada akak-akak yang jual Bihun sup tu sebab bukak awal,habis makan,kami pun angkat barang-barang kat kereta,terus ke dewan yang kami akan perform.Disebabkan kami perform no 3 terakhir,jadi sempatlah relaks-relaks dulu,tune gitar dulu,membersihkan mata dengan wanita-wanita yang cantik kat UM tu..hehehe..GATAL sungguh..apa-apa pun ada sorang awek kat situ komeng minat,bukan komeng je,last wan dengan shahrul pun terus minat..hehehe..ijat tak boleh,mahu komeng report dengan awek dia..hehehe..Cukuplah kat sini cakap dia pakai baju PINK..heheheh..memang cun kalau boleh cairkan komeng..heheheheh..dah..dah..jauh dah nie..


Kami tunggu punya tunggu,akhirnya nama kitaorang dipanggil untuk perform,awalnya kitaorang nak perform 4 lagu.Tapi ada pihak-pihak nak dijimatkan masa,kitaorang perform 3 lagu je.Sori UM.Kami tak boleh buat apa-apa pun,itu yang telah ditetapkan,sori again.heheh.Suasana petang tu memang best,Relaks je.Kitaorang main Lagu "KU NANTI"dulu,yang kesiannya Effect gitar shahrul petang tu buat perangai,jadi dia pakai dari gitar terus ke AMP,lagu kedua kitaorang perform"Lagu blink 182 al"tajuk lupa..hehehe.Lagu blink 182 petang tu Wan pemain bassist radar nyanyi,orang-orang yang kat dalam dewan tu nyanyi sama-sama.Terima Kasih semua yang nyanyi sama-sama petang tu.Lagu ketiga radar lagu yang menjadi Single pertama dari radar"Hey Kawan",memang best petang tu,orang-orang dalam dewan tu support habis,tq semua,siap ada satu time tu part Hey kawan,dorang tepuk macam dalam lagu-lagu yang betul tu,mcacamne??korang kena dengar lagu tu kat myspace ok.Memang puas petang tu,walaupun orang yang paling geram petang tu shahrul,sebab effect gitar dia buat perangai.sabar jela ye yob..hehehe.

Habis perform tu kitaorang terus lepak tepi stage,mak ai,basah lencon baju petang tu dengan peluh,panasnya bila sport light tu pacar kat kitaorang petang tu.Best memang best.Tapi kuyob.Pastu Ijat dan komeng duduk depan stage support band lain pulak perform,tengah-tengah komeng relaks,ada sorang perempuan bertudung datang nak ambek gambar..heheh..teperanjat mula-mula tu,tapi buat-buat cool..hahaha.Apa-apa pun tq sangat sudi nak ambek gambar dengar RADAR..Tq sangat.Habis je ambek-ambek gambar tu,kami terus kemas-kemas barang,terus balik,patutnya habis perform tu,kitaorang kena gerak studio Nar recording JINBARA ada ajak datang tengok jinbara recording,tapi akibat keletihan dan kelaparan sekali lagi melanda,kami terus gerak balik,kami minta maaf kepada abang-abang jinbara.Balik tu kami terus ke Restoran Pelita di KLCC,kami makan-makan.terus balik rumah.Itulah cerita serba sedikit perform di UM.Apa-apa pun Jutaan terima kasih kepada semua yang datang support Radar petang tu,kepada pihakpihak yang terlibat menjayakan acara hari tu.Kami ucapkan Jutaan Terima Kasih kerana menjemput RADAR.Kepada pelajar-pelajar UM.Terima Kasih banyak-banyak nyanyi dan support RADAR dan Band yang lain-lain petang tu.JANGAN LUPA JEMPUT RADAR LAGI.Sekian terima kasih.love u semua..

0 ulasan: