Wednesday, March 23, 2011

UPSI.Tanjung Malim

*Minta maaf banyak-banyak lewat update*

Pada 25.02.2011 jumaat malam.kami berada di UPSI Tanjung Malim untuk berakustik sempena program tahunan UPSI.
Kami bergerak ke tanjung malim lebih kurang dalam pukul 8.30 malam,agak begitu lewat kerana dari masa
yang kami setkan kerana masalah tunggu-menunggu.So kami ambil keputusan untuk pergi terus ke tanjung malim.
Redah saja,yakin boleh.Haha.Kami sampai di tanjung malim lebih kurang jam 9.50 itu termasuk masa
tersesat jalan tu.hahah.Kami pun hubungi abang bobringgo untuk tanya lokasi perform hari tu,kerana UPSI
begitu banyak dikawasan tu.So kami tak tahu yang mana satu.Abang bob tunggu kami disatu simpang dikawasan
tersebut,Alhamdulillah kami pun jumpa abang bob dan ikot kereta dia dari belakang.

Akhirnya pukul 10.30 malam kami sampai di UPSI.Maaf Semua kami terlewat kerana kesesatan mencari jalan
datang ke UPSI.Kehadiran kami malam tu disambung baik oleh semua dari pintu kereta lagi.Terima Kasih.
Terima Kasih.Kami Semua Dibawah ke Khemah artis yang disediakan dibahagian tepi stage.Sampai saja dikhemah
tersebut sengugut mula datang iaitu debar-debar..ahaha..mana taknya orang ramai malam tu.Komeng antara orang
yang akan selalu berfikir banyak kerana dia kena bercakap.ahaha.JAGA-JAGA.ahaha

Opening malam tu ialah Mel tonarwarna(Vocal kau best mel).selepas tu ada sebuah band,kami tak ingat kerana
ketika ni kami sedang merayau-rayau dikawasan tu yang ada jual macam-macam.Aizat dengan wan awal-awal dah
hilang hari tu,komeng dengan shahrul geng rayau ke lain pulak.Wow besarnya kawasan dia,lemah lutut,dia pun
M dia Setiap sudut kawasan tu ada.giler best..hehehe.Kami kembali je ke stage manci band Roketts ready nak
perform.Selepas Manci perform malam tu.Nama Radar pun dijemput naik oleh Abang Bobringgo malam tu yang merupakan
MC malam tu.kami naik setup semua,lagu opening hari tu ialah lagu hey kawan yang merupakan single pertama
daripada kami.Selepas itu lagu Ku Nanti Dan Mimpi.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik,Terima Kasih
Abang Soundman dan UPSI terutama sekali yang part corus lagu hey kawan tu nyanyi sama-sama.Terima Kasih.


Selepas Saja kami habis perform malam tu.Jazz Dzull menjadi penutup majlis tersebut dengan vocal yang dasyat.
Pakcik ni kami respect masa nyanyi lagu A Feel Goof..hahah.terbaik.Selepas sahaja Jazz Dzull habis perform,Kami
Semua dan yang lain-lain dijemput ke dewan,kerana ada sedikit jamuaan yang disediakan kepada kami.UPSI memang
terbaik la.bak kata kami masa makan tu.Sambal Udang ni terbaik wokk..hehehe.Terima kasih banyak-banyak UPSI.
Kita jumpa lagi.Jangan lupa invite radar perform lagi.Love You.Sekian Terima Kasih.

0 ulasan: