Tuesday, January 25, 2011

Sebuah Cerita Di Cafe Secawan Kopi

Pada 22/1/2011 Sabtu Radar berada Di Sebuah Cafe Terletak di Cheras iaitu Secawan Kopi.
Acara tersebut Diberitahu oleh Abang Bob Ringgo (suria fm) bermula pada jam 8.30 malam.
Pada hari tersebut juga,wan(Bassist) Dan Shahrul(Gitar) beritahu yang mereka tak dapat
ikut perform bersama kerana terpaksa Atau dipaksa kerja ke tak tahu la,.

So komeng(Vocal & gitar) dan Aizat(drummer) pada malam tersebut
bergeraklah ke Cafe Tersebut Dengan Ada Sedikit Perasaan down kerana ini merupakan
event yang pertama yang line-up Radar tidak cukup, dan ini juga pengalaman baru bagi
komeng Dan aizat.Apa yang boleh Kami katakan juga,Akustik malam tu cuba buat yang
terbaik dan belasah saja yakin boleh.haha.

Pada malam tersebut ada 8 band yang perform antaranya Tonawarna,The Roketts,Bayang,
Radar Dan Banyak Lagi.Malam Tersebut kami main No 4.Sementara Menunggu giliran Perform
malam tu,pihak cafe tersebut menyediakan makanan yang best-best, Terima Kasih Cafe Secawan Kopi.

Jadi kami makan sedikit untuk alas perut yang dah mula berkocak-kocak lapar,Bihun
goreng tu sedap.ahaha,tapi kejap lagi nak kena nyanyi,kang mahu bersepah
pulak bihon atas stage tu..ahaha..ambil bihon sikit,kentang goreng sikit,nugget dan air
manggo..ahaha,..syukur..alhamdulillah..

Tiba Masa kami untuk perform,lagu-lagu yang didendangkan pada malam itu ialah :

1) Hey kawan,
2) Ku Nanti
3) Mimpi
4) Aku Bukan Boneka (Lagu Baru)

Alhamdulillah Semuanya berjalan dengan baik.Terima Kasih Kepada Yang datang malam tu Support event tersebut. Terima Kasih,Terima kasih, Dan Terima kasih juga malam tu Juri(DUTA) yang jua turut menghadiahkan kami sekeping Cd kumpulan Bayang.

Btw - Juri sangat kelakar malam tu yang tak habis-habis dengan Teka-Tekinya. haha.. Keseluruhannya Malam tu kami rasa sangat bersyukur dan alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

Tuesday, January 04, 2011

01/01/2011 Dan 2011??


Selamat Tahun Baru Kami Ucapkan,Maaf Kerana Terlewat Update
Blog ni Kerana Kesibukkan yang membataskan Segalanya.Apa-apa pun
selamat Datang Tahun 2011,Apa Azam Baru Korang??.Jika Ditanya
Kepada kami apa azam baru kami,tahun ni kami nak bergerak seagresif yang
boleh,merebut semua peluang yang ada dan paling penting memperbaiki
segala kelemahan kami dalam bidang ni.

Tahun 2010 yang Telah meninggalkan kita,meninggalkan banyak memori
bagi kami,apabila banyak perkara yang dirancangkan pada awalnya,
tergendala dan terbiar begitu sahaja.Jadi kehadiran tahun 2011
ni kami berharap dan berdoa menjadi tahun titik-tolak kepada kami
bangun dari angan-angan mat jenin dan lupakan siapa yang sebelum ni
bagai mahu membunuh perjalanan kami.Bagi kami,malas layan,Biarkan mereka
bercakap-cakap.Kami buat kerja kami sahaja dan atas kemampuan kami
sahaja.Kami hanya manusia.


Tahun ni kami berharap dapat keluarkan buat tangan pertama kami,mungkin
mini album atau ep.Kami juga berharap dapat keluarkan barang-barang kami
sendiri,seperti Baju,Topi dan banyak lagi.Doakan kami.I love You all.


Tahun 2011 Telah Kami cuba tunjukkan seperti kami katakan,kami akan
bergerak seagresif yang boleh.Jadi pada Tarikh 01/01/11 sabtu,kami telah
diberi ruang dan peluang perform di Bangunan Kementerian Belia & Sukan
diputrajaya yang telah dianjurkan oleh Lorong Seni.Pada petang hari Tersebut
kami main akustik,acara petang itu turun dijalankan pelancaran Album Terbaru Norhaliza
Idris,jadi ramai artis juga yang terlibat antaranya,black mentor,bob af,jac dan ramai
lagi.

Petang tu kami main 4 lagu seperti Hey kawan,Ku Nanti,Mimpi Dan Sebuah Lagi lagu baru
Aku bukan Boneka.Alhamdulillah,semua berjalan dengan baik dan lancar.Pada Sesi malam
pula,kami main 3 lagu sahaja,kerana pihak organizer kesuntukan masa,pada awalnya
kami rancangan nak main,satu lagu cover,untuk layan beberapa orang mak cik kat hadapan
stage iaitu lagu Hidup bersama,tapi disebabkan kesuntukan masa,kami terpaksa Cut kan
masa kami.Maaf ya Mak Cik.hehehe..Apa-Apa pun Pada hari tersebut kami sangat rasa
enjoy dan puas.Terima Kasih Kepada Semua yang telah menjayakan event tersebut dengan jaya.
Sekian Dari kami.Semoga Tahun Baru ini Lebih Bermakna Dan Lebih Berjaya Kepada Semua.

Wednesday, September 29, 2010

03-10-2010 Ahad

Radar Akan Berada Di karnival Lorong Seni Di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Presit 4 Putrajaya.Kami Akan Perform Akustik Disana.Jangan Lupa Jumpa Disana Ahad Ni.

Friday, August 20, 2010

Ramadan Dan Hari-Hari yang penuh dengan aktiviti

Pertama Sekali kami menarik nafas panjang Tuhan berikan kami nafas untuk berpuasa pada tahun ni lagi,Sepanjang 2009-2010 berbagai rintangan yang kami tempuh dan juga ujian yang kami hadapi dengan senyuman.

Kini Pejam celik-Pejam celik Tahun 2010 akan berakhir pula.oklah Sepanjang bulan puasa ni juga Radar sibuk dengan lagu baru,recording dan komeng meniaga di Bazar Ramadan Greenwood(ROTI JOHN JINBARA).Jadi kalau ada yang terserempah dibazar tersebut bolehlah singganh beli dan rasa.

Baru-baru ni juga shahrul(Gitaris) radar doktor suspek dia kena denggi,kesian dia.Kami Harap dia cepat sembuh,jadi bolehlah sambung track-track gitar yang masih belum siap.Semoga Engkau Cepat sembuh wei rul..Amin.

Last.Jangan lupa nantikan lagu-lagu terbaru Radar selepas raya ini dengan lebih fast dan lebih menyetuh perasaan.haha.Sekian Terima Kasih.

Sunday, July 18, 2010

RECORDING TIME

SEMEMTARA TUNGGU PART MASING-MASING NILAH KERJA DORANG NI

KOMENG:PART MANA KAU NAK TAMBAH TRCK GITAR NIE LAGI RUL
SHAHRUL:BELAKANG LAGI,HA,PART TU.
KOMENG:OK
KOMENG:SINI TEMPAT AKU AKAN MASUK VOCAL,MIC TAK PASANG LAGI

MALAM TU SEMUA MAKAN MAGGIE CUP JE,LAPAR.MAHU TAK LAPAR
5-7 JAM BETAPA DALAM STUDIO TU

TENTERA BELUM STARS KERJA LAGI NIE

TIME BUAT TRACK GITAR

Happy Befday- Aizat(Drummer Radar).

INILAH ORANG-ORANG YANG TELAH MERANCANG SAMBUTAN BEFDAY NI-HAPPY BEFDAY JAT


INILAH RUPANYA BILA SI KOMENG SIMBAH TEPUNG.SORI JAT.

Tuesday, July 13, 2010