Tuesday, January 04, 2011

01/01/2011 Dan 2011??


Selamat Tahun Baru Kami Ucapkan,Maaf Kerana Terlewat Update
Blog ni Kerana Kesibukkan yang membataskan Segalanya.Apa-apa pun
selamat Datang Tahun 2011,Apa Azam Baru Korang??.Jika Ditanya
Kepada kami apa azam baru kami,tahun ni kami nak bergerak seagresif yang
boleh,merebut semua peluang yang ada dan paling penting memperbaiki
segala kelemahan kami dalam bidang ni.

Tahun 2010 yang Telah meninggalkan kita,meninggalkan banyak memori
bagi kami,apabila banyak perkara yang dirancangkan pada awalnya,
tergendala dan terbiar begitu sahaja.Jadi kehadiran tahun 2011
ni kami berharap dan berdoa menjadi tahun titik-tolak kepada kami
bangun dari angan-angan mat jenin dan lupakan siapa yang sebelum ni
bagai mahu membunuh perjalanan kami.Bagi kami,malas layan,Biarkan mereka
bercakap-cakap.Kami buat kerja kami sahaja dan atas kemampuan kami
sahaja.Kami hanya manusia.


Tahun ni kami berharap dapat keluarkan buat tangan pertama kami,mungkin
mini album atau ep.Kami juga berharap dapat keluarkan barang-barang kami
sendiri,seperti Baju,Topi dan banyak lagi.Doakan kami.I love You all.


Tahun 2011 Telah Kami cuba tunjukkan seperti kami katakan,kami akan
bergerak seagresif yang boleh.Jadi pada Tarikh 01/01/11 sabtu,kami telah
diberi ruang dan peluang perform di Bangunan Kementerian Belia & Sukan
diputrajaya yang telah dianjurkan oleh Lorong Seni.Pada petang hari Tersebut
kami main akustik,acara petang itu turun dijalankan pelancaran Album Terbaru Norhaliza
Idris,jadi ramai artis juga yang terlibat antaranya,black mentor,bob af,jac dan ramai
lagi.

Petang tu kami main 4 lagu seperti Hey kawan,Ku Nanti,Mimpi Dan Sebuah Lagi lagu baru
Aku bukan Boneka.Alhamdulillah,semua berjalan dengan baik dan lancar.Pada Sesi malam
pula,kami main 3 lagu sahaja,kerana pihak organizer kesuntukan masa,pada awalnya
kami rancangan nak main,satu lagu cover,untuk layan beberapa orang mak cik kat hadapan
stage iaitu lagu Hidup bersama,tapi disebabkan kesuntukan masa,kami terpaksa Cut kan
masa kami.Maaf ya Mak Cik.hehehe..Apa-Apa pun Pada hari tersebut kami sangat rasa
enjoy dan puas.Terima Kasih Kepada Semua yang telah menjayakan event tersebut dengan jaya.
Sekian Dari kami.Semoga Tahun Baru ini Lebih Bermakna Dan Lebih Berjaya Kepada Semua.

0 ulasan: