Wednesday, January 13, 2010

Siapakah RADAR..???






Radar bermula pada tahun 2009, terdiri daripada empat anak muda yang berasal daripada Kuala Lumpur iaitu Komeng(Vocalist & Rhythm), Sharul(Lead Guitar), Wan(Bassist), & Ijat(Drummer).Kumpulan ini pada asalnya merupakan gabungan diantara 2 kumpulan iaitu Kabus Pagi & Soul of Fusion.Oleh disebabkan mereka masih mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik, mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang baru kini diberi nama Radar.

Radar menjadikan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarham Sudirman,
Meet Uncle Hussain, Hujan, Bittersweet, J-rock, Jinbara, Amy Search, Ella, Spider, M.Nasir, Allahyarham Loloq, Aidit Alfian & ramai lagi artis Tanah Air kita sebagai idola kami. Selain itu juga kami manjadikan Muse, Good Charlotte, Guns & Roses, The Beatles, The Strokes, Nirvana, Blink 182, Greenday, My Chemical Romance, serta ramai lagi sebagai idola luar Negara kami.

Kini Radar telah menyiapkan satu Single pertama mereka iaitu Hey Kawan dimana lagu ini diilham berdasarkan pengalaman masing-masing yang lalu bersama kumpulan kami sebelum tertubuhnya Radar. Proses recording kami yang pertama telah dijalankan di Erfan Studio & Wan Akar(Kid) bertindak sebagai sound enginnering.
Kami telah diberi tunjuk ajar sedikit sebanyak dari Wan Akar, Aidit Alfian & Cepot Jinbara mengenai projek pertama kami ini(Single).

Kami mengharapkan projek single pertama ini(Hey Kawan) dapat diterima oleh seluruh pendengar Muzik Tanah Air. Oleh itu, kami berharap agar semua warga Malaysia dapat menyokong industri muzik tanah air & juga saling membantu industri muzik tanah air kita lagi. Sekian terima kasih dari kami R.A.D.A.R.

0 ulasan: