Wednesday, February 10, 2010

Lirik-Hey Kawan.

kau aku terlalu Jauh berbeza.
Aku hanya insan Biasa..
Yang tak semudah Kau rasa.
Lebih duka dari Suka.

Hey Kawan(hey kawan)
Mari Kita bersaing
menempuh semua bersama
Hey Kawan(Hey Kawan)
Ku tak pernah Gentar
Menghadapi cabaran...Oh.Oh..

Aku Tak kan pernah lupa
Semua pesan mereka Yang dicinta
Juanglah Hingga gapai impian
Jangan pernah kita Putus Asa

radar mencari konklusi

kami sedang mengkaji dan mencari dimana untuk letak sebenar-benarnya radar dimata korang semua dengan karya yang ikhlas ini..Korang fikirkan sejenak..??sakit,resah,lambat dan cepat itu semua faktornya...
kami hanya band yang masih mencari konklusi itu dan umpama anak kecil yang baru tumbuh gigi..sedangkan lidah lagi tergigt..ini kan pula suami isteri..hahahahah..dah merepek dah..hahahahaha...

Wednesday, February 03, 2010

Design Baju Nak ke???


Radar Masuk Recording Part 1

02/02/2010

Hari ni radar masuk recording studio,jadi nak berceritalah sedikit sebelum dan selepas recording hari pertama ini.Setelah Single yang pertama sudah siap sepenuhnya iaitu “hey Kawan”distudio yang sama juga iaitu “Erfan Studio”yang dimiliki oleh Kid Akar(abg Wan),studio ini juga,tempat Komeng(vocal)kerja sambilan antara band yang telah recording disini,Matahari,Malamband dan banyak lagi.

Sehari sebelum radar masuk recording,hampir seminggu radar berbincang untuk recording lagu mana dulu,jadi sebulat suara dan rasa,hehehe..radar pilih 1lagu untuk direcord kan dulu iaitu???????????..rahsia..tunggu je..heheheh..nanti tade kejutanlah,dah bagitahu tajuk dia awal-awal..nak tahu jugak ke???kuuuuuuuuuu..tunggu jela..bergurau pulak dia..hehehe.

Ok..kita sambung balik cerita,malam tu tepat pukul 9 malam,wan,ijat dan fairol dah berada di Erfan Studio,selepas tu shahrul pulak sampai,Komeng orang yang terakhir…biasalah orang bz dengan Zzzzzzzzzzzzzzzzzz..tidur.hahah..komeng sampai malam tu pukul 10 malam,jadi recording baru dimulakan.semangat menunggu kawan tu bagus,tapi tak elok buat selalu,nanti kerja tak jalan(Komeng cakap)..

hahahahahah..shahrul pun tukarlah tali gitar baru kat gitar fender made in maxico milik Komeng 2,gitar kesayangan dia,kalau korang tengok video klip Kumpulan Jinbara ada Fender warna merah yang dah rabak2 tu,itulah gitar dia...hahaha..dah habis pasang tali gitar n tuning,shahrul masuk guide gitar untuk lagu baru tu,lepas habis tu,masuk vocal guide,dan masuk part drum pulak,part drummlah yang selalu kena banyak bersabar dan teliti,Komeng dan wan,keluar lepak minum dulu,sambil mata-mata yang lain dah mula kuyu,wan dan Komeng layan teh dulu kedai mamak(kureng sikit dorang nie)..hehehehe..

2 jam lepas tu,shahrul mesej wan,Bagitahu drum dah siap,cargas ijat buat drum kali nie,hahahah..tak mahu kat dia je 5-6 jam...sampai tidur berganti-gantilah..hahah..komeng dan wan sampai studio,dengar-dengar balik,ok lah..urmmmmm..jam pun dah menunjuk kan pukul 2 pagi,jadi abg wan yang jaga sound pun dah tak larat dan esok pun kerja,kami berhenti dulu,sambung hari lain sabtu atau isnin nie balik..Jadi nak tahu kesudahannya,macam mana lagu dia,sama macam “hey Kawan ke”?? Tajuk Lagu 2 apa??..Kena tunggu part 2 cerita nie..

Jangan lupa juga promo Single Radar “hey Kawan” kat semua kawan-kawan korang..heheheh..insyaallah juga lepas lagu kedua nie siap radar akan upload full versi lagu-lagu radar kat myspace..Tungguuuuuuuuuu..Kepada yang nak recording??boleh hubungi komeng terus dimyspace...??sekian terima kasih..askum

Sunday, January 31, 2010

Telegram Dari Radar


Ramai orang hantar email,mesej kat myspace dan komen sewaktu dengan dengannya,tanya tade gig ke ape,Sesiapa yang peka dan mengikuti perkembangan radar sebenarnya radar dah perform 3 minggu berturut-turut 9 januari kat plaza alam sentral,16 januari plaza alam sentral dan 23 januari di Paul Place Jalan klang Lama.Jadi pada minggu nie bukan radar tak nak keluar gig perform ke apa,kami sibuk susun lagu baru untuk masuk recording,sibuk dengan summit benda-benda yang penting menyabitkan mempertahankan diri kami,lagu kami,dan rangka-rangka kerja..kami harap semua pihak dapat fahami kami..kami hanya anak kecil yang masih merangkak mencari landasan yang benar dan menjaga hak kami..Kepada yang nak jemput radar perform boleh je hubungi radar dimyspace ,insyaallah radar akan cuba tunaikan permintaan korang dengan sebaik mungkin untuk kedua belah pihak.."sekian Terima kasih Dari PR radar"Assalammualaikum

Selasa Ini

Radar berkemungkinan akan masuk studio untuk sambung recording Lagu baru..Apa Tajuknya masih rahsia..???Jadi korang semua tunggulah ok....
Single kami "Hey Kawan" Korang semua boleh minta di Hot Fm KITA PUNYA pada hari sabtu 9 malam sampai 11 malam dan selain itu di radio-radio yang lain juga..jadi suportlah lagu-lagu dan hasil karya anak malaysia..korang semua best...syukur..amin..assalammualaikum

Saturday, January 23, 2010

Radar Sang Perawan


16/01/2010 Sabtu
Anggota Radar Komeng,ijat,wan dan 2 lagi rakan kepada band radar,Bunteh dan Angah bergerak ke Teratak Angah Di Kg Kemensah Ulu Klang,untuk aktiviti mingguan radar,tak praktis,perform atau mandi-manda,itulah aktiviti mingguan dorang.hahahah.itulah dorang tade awek,tade masa untuk mencari,aktiviti mandi-manda petang tu memang seronok,macam-macam adegan ada,jatuh kerusi,tarzan Malaya yang baru jumpa air,campak mencampak sesame sendiri tu biasa,dah boleh dikotegorikan sebagai rusa masuk Bandar..huhu.Aktiviti petang tu berakhir dalam pukul 6 setengah petang,habis salin-salin baju semua,kami semua bergerak ke satu tempat memancing yang diberi nama Joran Terjun,tempat filem Baik punya cilok berlakon,kami minum petang kat situ,sambil dihidangkan Meegi Sup yang menambat selera petang tu.Cuaca Petang tu agak damai dan tenang,membuat masing-masing bagai dibuai pejalanan hidup yang indah-indah,suasana magrib sudah hampir menyeliputi kehidupan seharian kami.Kami habis makan dan minum,kami terus bergerak balik dengan pantas,sebab pukul 9 malam kami ada praktis untuk perform keesokkan harinya di Plaza Alam Sentral Shah Alam.Jadi itulah aktiviti Radar pada minggu ni.Jumpa Lagi..Selamat beramal..